Skip to main content

Iklan

Iklan

25 kes COVID-19 jenis B117 dikesan di S'pura: MOH

 Sebanyak 25 kes jenis baru COVID-19 iaitu B117 sudah dikesan di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (29 Jan). Ia merupakan jenis baru yang asalnya dikesan di Britain.

Anggaran Waktu Membaca:
25 kes COVID-19 jenis B117 dikesan di S'pura: MOH

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 29 Jan 2021 09:38PM Dikemas Kini : 29 Jan 2021 09:41PM

SINGAPURA: Sebanyak 25 kes jenis baru COVID-19 iaitu B117 sudah dikesan di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (29 Jan). Ia merupakan jenis baru yang asalnya dikesan di Britain.

Dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp, MOH menyatakan bahawa setakat 26 Jan, daripada 25 kes varian B117, lima adalah kes dalam masyarakat dan 20 adalah kes import dari Eropah.

Terdapat dua lagi kes import dari Eropah yang diuji "positif pada peringkat awal dan sedang menantikan hasil keputusan pengesahan," menurut kementerian itu.

B117 SARS-CoV-2 adalah salah satu daripada jenis baru COVID-19 yang sudah mencetuskan kebimbangan di merata dunia kerana ia dikatakan kemungkinan lebih berjangkit. Setakat ini, ia sudah menular di 70 negara dan kawasan.

Singapura melaporkan kes COVID-19 jenis B117 pada 23 Dis. Kes itu melibatkan seorang pelajar rakyat Singapura berusia 17 tahun yang pulang dari UK pada 6 Dis dan menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di sebuah kemudahan khas.

Satu lagi jenis dari Afrika Selatan, 501Y.V2, yang kemungkinan lebih berjangkit, mungkin juga menjejas keberkesanan rawatan dan vaksin COVID-19 yang terdapat kini.

MOH menyatakan bahawa sejauh ini, tiada kes 501Y.V2 dikesan di Singapura.

MOH SEDANG SIASAT JIKA KES DALAM MASYARAKAT ADA KAITAN

Lima kes B117 dalam masyarakat adalah Kes 59028, 59059, 59084, 59340 dan 59351. Siasatan epidemiologi sedang dijalankan untuk mengenal pasti sama ada lima kes tersebut berkaitan, tambah kementerian itu.

Kesemua kontak rapat kes, termasuk mereka yang pada peringkat awal diuji positif bagi jenis itu, sudah diasingkan dan dikuarantin.

MOH menyatakan bahawa pihaknya juga mungkin melaksanakan pencarian kes aktif "untuk mengesan dan menyekat kes-kes seawal mungkin apabila terdapat kes yang diuji positif jenis B117 pada peringkat awal.

"Tiada kes baru sudah muncul daripada kes-kes dalam masyarakat sejauh ini, dan kami berharap bahawa usaha-usaha kami sudah menyekat kes-kes itu dan mencegahnya daripada menular lagi," menurut MOH.

"Penting untuk semua orang terus memainkan peranan masing-masing dan bersikap berwaspada untuk mengurangkan penularan COVID-19."

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan