Skip to main content

Iklan

Iklan

24 kes COVID-19 dalam masyarakat; termasuk budak lelaki rakyat S'pura yang lawat Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah

Singapura melaporkan 170 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Sabtu (11 Jul), termasuk 24 kes dalam masyarakat, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Anggaran Waktu Membaca:
24 kes COVID-19 dalam masyarakat; termasuk budak lelaki rakyat S'pura yang lawat Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah

(Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 12 Jul 2020 12:31AM Dikemas Kini : 12 Jul 2020 12:34AM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 170 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Sabtu (11 Jul), termasuk 24 kes dalam masyarakat, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Kes dalam masyarakat termasuk tujuh rakyat Singapura, enam pemegang pas kerja dan 11 pemegang permit kerja. 15 daripada 24 kes itu dikaitkan dengan kes COVID-19 sebelumnya atau kelompok yang sudah dikenalpasti.

Daripada 15 kes, lima diuji semasa mereka dikuarantin, termasuk seorang budak lelaki rakyat Singapura berusia sembilan tahun yang mengunjungi Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah setelah mengalami simptom pada 6 Jul.

"Kes yang lain dikesan menerusi ujian proaktif kami, meskipun kes-kes itu semuanya tidak menunjukkan simptom," menurut MOH, sambil menambah ini termasuk pekerja dalam khidmat penting.

Jumlah kes dalam masyarakat pada hari ini (11 Jul) adalah kali keempat minggu ini di mana jumlahnya melebihi 20 kes.

Terdapat 23 kes dalam masyarakat pada 6 Jul. Sebelum itu, kali terakhir jumlah jangkitan dalam masyarakat melebihi 20 kes dalam sehari adalah 24 Apr apabila terdapat 25 kes dalam masyarakat.

Sekitar 20 tempat ditambah dalam senarai tempat yang dikunjungi kes COVID-19 dalam masyarakat semasa tempoh berjangkit. Ini termasuk, gedung Tangs di Tang Plaza, Bugis Junction, OCBC Bank di City Square Mall, cawangan KFC di West Mall dan Bangunan ICA.

Berikut senarai lengkap lokasi baru dalam senarai dikunjungi kes COVID-19 :

MOH juga mengumumkan satu kes import, melibatkan seorang pemegang pas kerja berusia 36 tahun yang pulang ke Singapura dari India pada 6 Jul. Beliau dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah selama 14 hari sebaik sahaja tiba di Singapura.

Kebanyakan kes COVID-19 di Singapura adalah pemegang permit kerja yang tinggal di dormitori, dengan 154 kes baru dilaporkan pada Sabtu.

Selain itu, sebuah kelompok baru dikenal pasti di dormitori di 53L Tuas South Avenue 1.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan