Skip to main content

Iklan

Iklan

235 kes tempatan baru COVID-19 di S'pura; 110 tidak berkait

Singapura melaporkan 235 kes jangkitan COVID-19 dalam negeri setakat 12.00 tengah hari Isnin (6 Sep) termasuk 110 tanpa hubung kait dengan kes-kes lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
235 kes tempatan baru COVID-19 di S'pura; 110 tidak berkait

Penumpang menunggu bas di Pusat Pertukaran Bas Jurong East pada 3 Sep 2021. (Gambar fail: Try Sutrisno Foo)

Diterbitkan : 06 Sep 2021 05:54PM Dikemas Kini : 06 Sep 2021 05:55PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 235 kes jangkitan COVID-19 dalam negeri setakat 12.00 tengah hari Isnin (6 Sep) termasuk 110 tanpa hubung kait dengan kes-kes lalu.

Sebanyak 91 kes terkait dengan kes-kes terdahulu dan sudahpun dikuarantin. Lagi 34 kes berkait dikesan melalui ujian pemantauan, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya.

Dalam kalangan kes baru itu, enam berusia 70 tahun ke atas yang belum divaksin atau sudah menerima satu suntikan dos dan berisiko sakit teruk, menurut MOH.

Sementara itu, enam kes import turut dilaporkan dan kesemuanya menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sejurus tiba di Singapura.

Secara keseluruhannya, Singapura melaporkan 241 kes baru COVID-19 pada Isnin.

MOH akan memberikan butiran lanjut mengenai keadaan COVID-19 di Singapura pada malam nanti.

Setakat Isnin, Singapura melaporkan jumlah terkumpul sebanyak 68,901 kes COVID-19. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan