Skip to main content

Iklan

Iklan

219 kes disyaki COVID-19 dibawa ambulans setakat Rabu pagi: SCDF

Setakat pukul 8.00 pagi Rabu (12 Feb), ambulans Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sudah membawa seramai 219 kes disyaki menghidap penyakit virus korona COVID-19. Demikian menurut seorang jurucakap SCDF.

Anggaran Waktu Membaca:
219 kes disyaki COVID-19 dibawa ambulans setakat Rabu pagi: SCDF

(Gambar: Aqil Haziq Mahmud)

Diterbitkan : 12 Feb 2020 06:33PM Dikemas Kini : 12 Feb 2020 06:37PM

SINGAPURA: Setakat pukul 8.00 pagi Rabu (12 Feb), ambulans Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sudah membawa seramai 219 kes disyaki menghidap penyakit virus korona COVID-19. Demikian menurut seorang jurucakap SCDF.

Kebanyakan panggilan dalam tempoh sebulan itu, dibuat oleh orang awam, manakala yang lain daripada klinik GP dan poliklinik.

SCDF juga mengumumkan hari ini bahawa semua kakitangannya akan memakai peralatan penuh perlindungan peribadi (PPE) semasa berurusan dengan semua kes.

Garis panduan baru itu meliputi semua kes perubatan kerana krew ambulans sekarang ini sudah pun memakai PPE semasa berurusan dengan kes disyaki COVID yakni bagi 19 kes sebelum Singapura menaikkan tahap amaran DORSCON ke warna Jingga.

Bercakap kepada para wartawan semasa satu lawatan ke ibu pejabat SCDF, Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Dalam Negeri Amrin Amin menggesa orang ramai agar jangan cemas jika mereka ternampak krew ambulans memakai PPE.

Semasa lawatannya itu, Encik Amrin telah bertemu kakitangan yang memberi respons kepada kes virus COVID-19.

Buat masa ini, pusat operasi SCDF menjalankan prosedur saringan untuk menilai tahap kritikal pesakit.

Operator telefon pula memeriksa sama ada pemanggil menunjukkan tanda-tanda jangkitan selain pernah pergi ke China.

Sekiranya mereka disyaki kes jangkitan COVID-19, maklumat tersebut akan disalurkan kepada kakitangan ambulans yang kemudian akan membuat panggilan telefon kepada kes yang disyaki itu bagi mengesahkan maklumat tersebut.

Setelah individu yang disyaki itu dibawa ke hospital, sebuah alat akan digunakan untuk membersihkan ambulans itu - dengan seluruh proses memakan masa sekitar 20 minit sementara kakitangan ambulans membuang PPE masing-masing.

"Kami bersiap sedia menangani situasi ini, kami ada kakitangan yang sudah bersedia, kami dapat melaksanakannya dengan agak baik," tambah Encik Amrin, apabila ditanya bagaimana SCDF dapat menangani keadaan tersebut sejauh ini. 

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan