Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

21 kes COVID-19 dikesan dalam 9 isi rumah berbeza di 119 Bukit Merah View

Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan pada Sabtu (19 Jun) bahawa ia mengesan sebanyak 21 kes COVID-19 dalam sembilan isi rumah berbeza di 119 Bukit Merah View.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan pada Sabtu (19 Jun) bahawa ia mengesan sebanyak 21 kes COVID-19 dalam sembilan isi rumah berbeza di 119 Bukit Merah View.

Setakat Sabtu, sebanyak 70 kes COVID-19 dikaitkan dengan kelompok Pasar dan Pusat Makanan Bukit Merah View.

Serpihan virus COVID-19 turut ditemui dalam sampel air sisa yang dikumpul dari beberapa blok di sekitar kawasan itu, menurut MOH.

Bagi mengasingkan kes yang mungkin dijangkiti virus, semua penduduk di lapan blok HDB di Bukit Merah View akan diwajibkan menjalani ujian tindak balas rantai polimerase (PCR). Ujian bagi penghuni di blok 116, 117, 118, 119, 124A, 124B, 125 dan 126 Bukit Merah View akan dijalankan pada Ahad (20 Jun) dan Isnin (21 Jun), kata MOH.

Ujian PCR secara sukarela bagi pengunjung dan mereka yang telah bergaul dengan penduduk di blok berkenaan akan dijalankan pada masa yang sama.

MOH menyatakan risalah sudah diagihkan dan pemberitahuan SMS akan dihantar kepada penduduk untuk menyediakan mereka dengan lebih maklumat.

Lapan blok tersebut terletak dalam kawasan 115 Pasar dan Pusat Makanan Bukit Merah View, tapak di mana kelompok terbesar COVID-19 kini terbentuk dengan 70 kes setakat ini.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan