Koronavirus

Images
  • SG covid
    Kakitangan dan petugas kesihatan di Lapangan Terbang Changi. (Gambar: Calvin Oh)

21 jangkitan baru COVID-19 di S'pura; semuanya kes import

SINGAPURA: Singapura melaporkan 21 kes baru COVID-19 hari ini (8 Apr) dan kesemuanya diimport.

Demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) menerusi kenyataan medianya hari ini.

Kesemua kes itu sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura.

Tiada kes dilaporkan dalam kalangan masyarakat mahupun di dormitori-dormitori pekerja migran.

Perincian kes akan didedahkan malam ini nanti.

Singapura mencatat 60,575 kes COVID-19 setakat Khamis dengan 30 kematian.

- BEIRTAmediacorp/NK/nk

Top