Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

200,000 orang terjangkit, WHO gelar COVID-19 'musuh kemanusiaan'

Ketua Pengarah  Pertubuhan  Kesihatan Dunia (WHO) pada Rabu (18 Mac) menyebut virus korona baru COVID-19 sebagai "musuh terhadap kemanusiaan" ketika jumlah orang yang dijangkiti virus itu melonjak mencecah 200,000.

Anggaran Waktu Membaca:
200,000 orang terjangkit, WHO gelar COVID-19 'musuh kemanusiaan'

Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus (kiri) berucap semasa taklimat media mengenai COVID-19 di ibu pejabat WHO di Geneva. (Gambar: Christopher Black/WHO/AFP)

Diterbitkan : 19 Mar 2020 07:39PM Dikemas Kini : 19 Mar 2020 07:44PM

GENEVA: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada Rabu (18 Mac) menyebut virus korona baru COVID-19 sebagai "musuh terhadap kemanusiaan" ketika jumlah orang yang dijangkiti virus itu melonjak mencecah 200,000.

Sebanyak 8,000 kematian dicatatkan di seluruh dunia dengan lebih banyak kematian kini dilaporkan di Eropah, pusat baru penyebaran virus baru, berbanding di Asia sejak wabak itu pertama muncul di China pada bulan Disember.

"Virus korona ini memberi kita ancaman yang belum pernah terjadi sebelumnya," kata Tedros Adhanom Ghebreyesus kepada wartawan dalam satu sidang berita maya.

Beliau menekankan perlunya negara di mana sahaja, "bersatu melawan musuh bersama: musuh terhadap kemanusiaan."

Hingga kini benua Afrika hanya mencatatkan 233 kes dan empat kematian, menjadikannya kawasan paling kurang terjejas.

Bagaimanapun, Encik Tedros memberi amaran keadaan itu dapat berubah dengan cepat.

"Di negara-negara lain, kita telah melihat bagaimana virus itu benar-benar cepat merebak, jadi nasihat terbaik untuk Afrika adalah untuk mempersiapkan negara itu untuk menghadapi keadaan paling teruk dan bersedia hari ini juga," katanya.

"Afrika harus sedar."

Encik Tedros berkata WHO menghubungi penggubal pemerintah di seluruh dunia "untuk membantu mereka mempersiapkan dan memberi keutamaan tyang betul."

"Jangan menganggap masyarakat anda tidak akan terjejas, bersiaplah seolah-olah ia akan berlaku," katanya.

WHO telah meminta setiap kes disyaki untuk diuji.

Di negara-negara di mana itu tidak mungkin disebabkan oleh peningkatan jumlah jangkitan, Encik Tedros menegaskan ada langkah-langkah untuk mengurangkan beban sistem penjagaan kesihatan dan membuatitu penyakit lebih "terkawal".

Beliau menggesa negara-negara supaya memperkenalkan langkah-langkah jarak fizikal, termasuk membatalkan acara sukan, konsert dan perhimpunan besar lain, untuk memperlahankan penyebaran virus tersebut.

Bagaimanapun beliau menambah satu-satunya cara untuk mengawal wabak virus tersebut adalah bagi negara-negara untuk "mengasingkan, menguji, merawat dan mengesan."

Sekiranya negara gagal melakukannya, beliau berkata, "rantaian penularan dapat terus berlaku pada tahap yang rendah, kemudian bangkit kembali apabila langkah-langkah pencegahan fizikal ditarik balik." 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : Agensi berita/SUfz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan