Skip to main content

Iklan

Iklan

2 tempat makan diarah tutup, 2 pasar raya didenda langgar peraturan COVID-19

Dua tempat makan diarah tutup dan dua pasar raya didenda kerana melanggar langkah-langkah pengurusan selamat COVID-19, menurut Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) pada Jumaat (11 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
2 tempat makan diarah tutup, 2 pasar raya didenda langgar peraturan COVID-19

The STARZ Bistro di 66 East Coast Road dan Steamov Steamboat Buffet Restaurant. (Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 11 Jun 2021 02:36PM Dikemas Kini : 11 Jun 2021 02:39PM

SINGAPURA: Dua tempat makan diarah tutup dan dua pasar raya didenda kerana melanggar langkah-langkah pengurusan selamat COVID-19, menurut Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) pada Jumaat (11 Jun).

Arahan penutupan itu akan berkuat kuasa apabila orang ramai dibenarkan makan di luar, tambah kementerian itu.

Tempat makan pertama ialah The STARZ Bistro di 66 East Coast Road.

Ia membenarkan para pelanggan makan di restoran tersebut pada 22 Mei, dan minum minuman keras selepas pukul 10.30 malam. Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) sudahpun mengarah tempat makan itu untuk tutup selama 10 hari.

Tempat makan kedua ialah Steamov Steamboat Buffet Restaurant di 367/369 Beach Road.

Ia membenarkan para pelanggan makan di premisnya pada 28 Mei pada 9.30 malam. Memandangkan ini adalah kesalahan kali ketiganya, URA mengarahkan tempat makan itu untuk tutup selama 30 hari.

Dalam pada itu, dua pasar raya didenda S$1,000 setiap satu kerana tidak mengerahkan kakitangannya untuk menjaga tempat masuk SafeEntry: Pasar Raya Giant yang terletak di Kompleks Beli-Belah Bedok dan cawangan Cold Storage di Siglap V. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan