Skip to main content

Iklan

Iklan

2 remaja antara 11 jangkitan dalam masyarakat; 5 lokasi masuk senarai dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit

Singapura melaporkan 11 kes baru COVID-19 dalam kalangan masyarakat tempatan buat dua hari berturut-turut, daripada jumlah keseluruhan sebanyak 213 kes yang dicatatkan setakat sehingga 12.00 tengah hari pada Ahad (28 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
2 remaja antara 11 jangkitan dalam masyarakat; 5 lokasi masuk senarai dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit

(Gambar: REUTERS/Edgar Su)

Diterbitkan : 28 Jun 2020 11:48PM Dikemas Kini : 28 Jun 2020 11:55PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 11 kes baru COVID-19 dalam kalangan masyarakat tempatan buat dua hari berturut-turut, daripada jumlah keseluruhan sebanyak 213 kes yang dicatatkan setakat sehingga 12.00 tengah hari pada Ahad (28 Jun).

Dengan ini, jumlah terkumpul kes COVID-19 di Singapura adalah 43,459.

Daripada kes-kes baru dalam masyarakat, enam adalah rakyat tempatan atau Penduduk Tetap Singapura (PR), dua adalah pemegang pas kerja dan tiga yang lain merupakan pemegang permit kerja, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Baki 202 kes baru adalah pemegang permit kerja yang tinggal di dormitori-dormitori pekerja asing.

Salah satu daripada enam kes rakyat Singapura adalah seorang pelajar dari Sekolah Menengah East Spring yang tidak ke sekolah sejak menunjukkan gejala dijangkiti virus tersebut.

Dikenali sebagai kes 43297, pelajar perempuan itu diuji sebagai sebahagian daripada pemeriksaan proaktif MOH ke atas para pelajar yang didiagnosis dengan jangkitan pernafasan akut (ARI) semasa pertama kali diperiksa oleh seorang doktor.

Satu kelompok baru diumumkan di sebuah dormitori yang terletak di Kaki Bukit Industrial Terrace.

Dua kelompok dormitori di 15A Senoko Way dan 65 & 67 Tuas View Walk 2 sudah ditutup kerana tiada lagi kes yang dikaitkan dengan kedua-dua dormitori itu bagi dua tempoh inkubasi selama 28 hari.

Lima lokasi baru turut dikenal pasti sebagai tempat-tempat yang dikunjungi kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit: restoran McDonald's di Tampines Mart, Al-Iman Restaurant (136 Marsiling Road), Mustafa Centre, Amman Household Supplies Pte Ltd (961 Jurong West Street 92) dan Prime Supermarket (962 Jurong West Street 91).

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan