Koronavirus

Images
  • changi airport travellers
    (Gambar: AFP)

2 rakyat S'pura yang pulang dari UK dan India antara 12 kes import COVID-19

SINGAPURA: Sebanyak 12 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Sabtu (20 Feb), menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Buat tiga hari berturut-turut tiada kes penularan dalam masyarakat mahupun di dormitori pekerja asing

Kes import hari ini termasuk dua rakyat Singapura yang pulang dari India dan United Kingdom.

Dua lagi kes melibatkan pemegang Pas Tanggungan yang tiba dari India.

Selain itu, tiga kes adalah pemegang Pas Pelajar yang tiba dari India.

Lagi dua kes merupakan pemegang Pas Kerja yang tiba dari Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Amerika Syarikat.

Satu lagi kes melibatkan pemegang Permit Kerja dari Indonesia, yang bekerja sebagai pembantu rumah asing.

Baki dua kes adalah pemegang pas lawatan jangka pendek. Kes 60340 tiba dari India untuk menziarah yang tiba dari India. Seorang daripadanya datang ke sini untuk melawat anggota keluarganya yang merupakan rakyat Singapura manakala seorang lagi untuk melanjutkan pelajaran.

Menurut MOH kelompok yang dikaitkan dengan pekerja penjualan di BS Industrial & Construction Supply sudah ditutup.

Penduduk Tetap berusia 39 tahun itu disahkan positif COVID-19 pada 18 Jan. Beliau dikaitkan dengan tujuh kes lain.

22 LAGI KES SEMBUH

MOH menyatakan 22 lagi kes COVID-19 dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan jumlah yang pulih di Singapura seramai 59,719.

Terdapat 20 pesakit COVID-19 yang masih dirawat di hospital, dengan seorang berada dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi.

Sebanyak 90 kes lain diasingkan dan dirawat di kemudahan masyarakat, terdiri daripada mereka yang mengalami gejala ringan atau sihat secara klinikal tetapi masih positif COVID-19.

Singapura melaporkan 59,858 kes COVID-19 setalat hari ini dengan 29 kematian. 

- CNA/NA/na

Top