Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 pesakit di Eropah dijangkiti semula COVID-19

Seorang pesakit di Belanda dan seorang lagi di Belgium disahkan dijangkiti semula virus korona, demikian menurut laporan penyiar Belanda NOS pada Selasa (25 Ogos), sambil menukil ahli virologi.

Anggaran Waktu Membaca:
2 pesakit di Eropah dijangkiti semula COVID-19

Seorang individu mendapatkan suntikan vaksin terhadap COVID-19 daripada firma bioteknologi Jerman. (Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 25 Aug 2020 11:03PM Dikemas Kini : 25 Aug 2020 11:04PM

AMSTERDAM: Seorang pesakit di Belanda dan seorang lagi di Belgium disahkan dijangkiti semula virus korona, demikian menurut laporan penyiar Belanda NOS pada Selasa (25 Ogos), sambil menukil ahli virologi.

Ini menyusuli laporan pada awal minggu ini oleh para pengkaji di Hong Kong mengenai seorang lelaki yang dijangkiti semula COVID-19 di sana setelah disahkan bebas daripada jangkitan virus itu selama empat bulan setengah.

NOS turut menukil pakar virologi Marion Koopmans sebagai berkata bahawa pesakit Belanda itu merupakan seorang warga emas dengan sistem keimunan yang lemah.

Menurutnya lagi, kes-kes di mana seseorang individu dijangkiti virus berkenaan buat tempoh yang lama dan kemudian dikesan semula lazimnya diketahui.

Namun, jangkitan semula yang sebenar, seperti kes-kes di Belanda, Belgium dan Hong Kong, memerlukan ujian genetik dijalankan terhadap virus itu dalam jangkitan yang pertama dan kedua bagi menentukan sama ada virus itu berbeza sedikit.

Cik Koopmans, yang merupakan penasihat kepada pemerintah Belanda, berkata bahawa kes jangkitan semula memang sudah dijangkakan.

"Seseorang yang dikesan dengan jangkitan semula, ia tidak membuat saya rasa gementar," katanya. "Kita perlu lihat jika ia berlaku secara kerap."

Pesakit dari Belgium itu mengalami simptom ringan, menurut NOS yang menukil ahli virologi Marc Van Ranst. Namun "ia bukanlah satu berita yang baik," katanya.

Menurutnya, kes itu menunjukkan bahawa antibodi yang dihasilkan oleh pesakit itu semasa terdedah kepada jangkitan pertama belum cukup untuk mencegah daripada berlaku jangkitan kedua dengan sedikit perbezaan pada jenis virus.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa belum jelas sama ada kes sedemikian jarang berlaku atau sama ada terdapat "lebih ramai orang yang mungkin dijangkiti semula setelah tempoh enam atau tujuh bulan".

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan