Koronavirus

Images
  • china covid vaccine
    Orang ramai menerima vaksinasi COVID-19 di bandar barat daya China, Chongqing. (Gambar: STR/AFP)

2 lagi wilayah China lapor penularan tempatan COVID-19

BEIJING: Penularan terburuk COVID-19 di China sejak sejak hujung Januari lalu, telah merebak ke dua lagi bahagian negara itu, menurut oihak penguasa kesihatan pada Sabtu (21 Jul).

Ini termasuk ke sebuah bandar besar yang mempunyai 31 juta penduduk.

Suruhanjaya Kesihatan Nasional melaporkan 55 kes baru di kawasan termasuk wilayah Fujian dan Chongqing, selain empat wilayah sebelum ini dan Beijing di mana penularan varian Delta dilaporkan.

Lebih 200 jangkitan di seluruh China dikaitkan dengan kelompok wilayah timur Jiangsu, di mana sembilan pekerja pembersihan di sebuah lapangan terbang antarabangsa di bandar Nanjing, diuji positif pada 20 Jul.

Menurut pihak berkuasa bandar itu, peningkatan mendadak kes penularan tempatan terbaru itu berhubung kait penerbangan dari Rusia.

Ekoran itu, semua tempat kebudayaan dan daya tarikan pelancong diarah ditutup pada Sabtu dalam usaha membendung penularan virus berkenaan.

Ratusan ribu penduduk sudah dikenakan perintah sekatan di wilayah Jiangsu manakala Nanjing sudah menjalankan pusingan kedua saringan asid nukleik terhadap 9.2 juta penduduknya.

Di daerah Changping, di ibu kota Beijing, di mana dua kes jangkitan tempatan dikesan, 41,000 penduduk di sembilan kawasan perumahan diletakkan di bawah perintah kurungan sejak Khamis.

China mengambil pendekatan sifar toleransi terhadap kes COVID-19 dengan melaksanakan langkah mengesan dan menguji secara meluas penduduk negara itu dalam usaha membendung penularan virus berkenaan.

- AFP/SU/fz

Top