Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 lagi kematian COVID-19 di Korea Selatan; 161 kes baru dilaporkan

Korea Selatan melaporkan lagi 161 kes virus korona COVID-19 pada Isnin (24 Feb), membawa jumlah kes kepada 763, sekali gus menjadikannya negara dengan jumlah tertinggi di luar China yang menghadapi jangkitan virus itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
2 lagi kematian COVID-19 di Korea Selatan; 161 kes baru dilaporkan

Seorang pekerja menyembur ceciar pembasmi kuman di kereta api di stesen kereta api Suseo, Seoul, pada 24 Jan 2020. (Gambar: Hong Yoon-gi/AFP)

Diterbitkan : 24 Feb 2020 10:46AM Dikemas Kini : 24 Feb 2020 11:44AM

SEOUL: Korea Selatan melaporkan lagi 161 kes virus korona COVID-19 pada Isnin (24 Feb), membawa jumlah kes kepada 763, sekali gus menjadikannya negara dengan jumlah tertinggi di luar China yang menghadapi jangkitan virus itu.

Dua lagi pesakit juga maut akibat COVID-19, membawa angka korban di seluruh negara kepada tujuh.

Sebanyak 115 daripada kes-kes baru itu mempunyai kaitan dengan gereja di bandar Daegu yang terletak di bahagian tenggara negara itu setelah seorang wanita berusia 61 tahun, dikenali sebagai "Pesakit 31", yang menghadiri upacara di sana diuji positif. Demikian menurut Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit (KCDC).

KCDC juga melaporkan kematian ke-7 COVID-19 adalah lelaki berusia 62 tahun dari sebuah hospital di Cheongdo - daerah yang mengalami lonjakan pada kes-kes disahkan positif virus itu, bersama-sama dengan bandar Daegu berdekatan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Pihak berkuasa masih sedang menyiasat punca sebenar penularan baru itu dengan Pesakit 31 tidak mempunyai rekod perjalanan ke luar negara.

Presiden Moon Jae-in pada Ahad (23 Feb) mengatakan pemerintah "akan menaikkan tahap amaran ke tahap 'sangat serius' atas saranan para pakar yang dengan cara drastik akan memperkukuhkan sistem respons kami".

Beliau juga menggesa para pegawai supaya jangan teragak-agak untuk mengambil "langkah-langkah penguatkuasaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini" untuk membendung wabak tersebut.  

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan