Skip to main content

Iklan

Iklan

2 hartanah milik negara ini bakal diguna tempatkan pekerja asing khidmat penting

Dua hartanah milik negara yang tidak dihuni di Kismis Avenue dan Ulu Pandan Road akan digunakan untuk menempatkan para pekerja asing yang sihat, yang berkhidmat dalam khidmat-khidmat penting, di tengah-tengah penularan COVID-19. 

Anggaran Waktu Membaca:
2 hartanah milik negara ini bakal diguna tempatkan pekerja asing khidmat penting

Bekas Sekolah Antarabangsa Nexus. (Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 07 May 2020 11:37PM Dikemas Kini : 07 May 2020 11:45PM

SINGAPURA: Dua hartanah milik negara yang tidak dihuni di Kismis Avenue dan Ulu Pandan Road akan digunakan untuk menempatkan para pekerja asing yang sihat, yang berkhidmat dalam khidmat-khidmat penting, di tengah-tengah penularan COVID-19.

Penguasa Tanah Singapura (SLA) menyatakan pada Khamis (7 Mei) ia bekerjasama dengan agensi-agensi pemerintah lain untuk mencari pilihan penginapan alternatif bagi para pekerja asing sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengekang penularan virus korona itu dormitori.

Para pekerja akan mula tinggal di bekas apartmen kakitangan Politeknik Ngee Ann di 90, 92 dan 94 Kismis Avenue minggu ini sementara bekas Sekolah Antarabangsa Nexus di 201 Ulu Pandan Road sedang diperbaharui dan akan siap pada awal Jun.

Tapak-tapak itu boleh menampung sehingga 1,000 katil setiap satu dan akan menempatkan para pekerja asing yang sihat dan menawarkan perkhidmatan penting. Sebahagian besar daripada 20,939 kes COVID-19 di Singapura adalah pekerja asing yang tinggal di dormitori.

Kemudahan serta makanan di tapak akan disediakan. Para majikan akan menyediakan pengangkutan ulang alik bagi pekerjanya, menurut jurucakap SLA sambil menambah bahawa mereka akan mematuhi langkah-langkah pemutus rantaian jangkitan.

Anggota Parlimen bagi GRC Holland-Bukit Timah Christopher de Souza berkata: "Kami akan menjaga para pekerja kami dalam perkhidmatan penting - lagipun mereka sudah banyak berkorban kepada Singapura.

"Jadi, sewajarnya kami menjaga mereka. Pada masa sama, kami akan melakukan yang terbaik untuk mengurangkan gangguan kepada para penduduk yang tinggal berhampiran."

Beberapa penduduk yang beliau temui bjuga bertanya bagaimana mereka boleh ikut serta untuk mengalu-alukan kedatangan para pekerja itu, kata Encik de Souza.

"Ini mencerminkan semangat kemasyarakatan baik yang kita perlukan terutama di masa-masa sekarang," tambahnya.

Dalam satu catatan Facebook pada Khamis, Encik de Souza berkata beliau mengunjungi bekas tapak Sekolah Antarabangsa Nexus untuk melihat bagaimana ia akan diperbaharui menjadi penginapan para pekerja.

Beliau berkata bilik darjah berbentuk segi enam di mana pekerja akan tidur "terang dan lapang" dengan "pencahayaan siang yang baik", sementara ruang terbuka yang terlindung seperti atrium juga akan menawarkan banyak ruang.

Beliau turut menarik perhatian bahawa para pekerja akan menjalani pemeriksaan perubatan sebelum berpindah masuk.

Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong, yang mempengerusikan bersama pasukan bertindak berbilang kementerian, berkata pada 9 April bahawa pekerja asing yang tidak sakit dan bekerja dalam perkhidmatan penting akan ditempatkan secara berasingan di tempat-tempat seperti kem tentera, flat kosong HDB serta penginapan terapung di tepi pantai.  


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan