Skip to main content

Iklan

Iklan

2 hari berturut-turut Thailand tidak lapor kematian, jangkitan COVID-19

Thailand mencatatkan dua hari berturut-turut tanpa sebarang kes baru dan korban COVID-19, menjadikan jumlah kes keseluruhan kekal pada 3,162 dengan lima kematian. 

Anggaran Waktu Membaca:
2 hari berturut-turut Thailand tidak lapor kematian, jangkitan COVID-19
Diterbitkan : 28 Jun 2020 09:54PM Dikemas Kini : 28 Jun 2020 09:57PM

BANGKOK: Thailand mencatatkan dua hari berturut-turut tanpa sebarang kes baru dan korban COVID-19, menjadikan jumlah kes keseluruhan kekal pada 3,162 dengan lima kematian.

Hari ini (28 Jun), merupakan hari ke-34 Thailand tidak menyaksikan jangkitan tempatan.

Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thailand pula menyatakan sejumlah 51 pesakit masih menerima rawatan di hospital.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Pertahanan Leftenan Jeneral Kongcheep Tantravanich berkata Timbalan Menteri Pertahanan Jeneral Chaichan Changmongkol sudah mengarahkan angkatan tentera untuk membantu kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19 di negara itu yang dijadualkan membuka semula perniagaan dan tempat awam termasuk sekolah bermula 1 Julai ini.

Lt Jen Kongcheep berkata anggota tentera akan memberi bantuan kepada sekolah untuk memastikan setiap orang mengamalkan penjagaan kebersihan dengan baik dan penjarakan sosial.

“Jeneral Chaican juga menggesa angkatan tentera supaya meningkatkan kapasiti kemudahan kuarantin untuk rakyat Thai yang kembali dari luar negara,” kata beliau seperti dilaporkan oleh akhbar Bangkok Post.

Dengan keadaan COVID-19 di negara itu yang semakin baik, semua perniagaan dan tempat awam termasuk pusat hiburan seperti pub, bar dan karaoke, kafe siber dijadualkan beroperasi semula Rabu ini.

Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan o-cha akan mempengerusikan mesyuarat CCSA esok untuk memuktamadkan senarai perniagaan dan tempat awam yang bakal dibuka semula. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan