Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2,688 warga Polis Diraja Malaysia jalani kuarantin COVID-19

Seramai 2,688 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan keluarga mereka sedang menjalani kuarantin 14 hari susulan penularan pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
2,688 warga Polis Diraja Malaysia jalani kuarantin COVID-19

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 16 Oct 2020 07:56PM Dikemas Kini : 16 Oct 2020 08:01PM

KUALA LUMPUR: Seramai 2,688 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan keluarga mereka sedang menjalani kuarantin 14 hari susulan penularan pandemik COVID-19.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman Ramli Din berkata daripada jumlah itu, tujuh pegawai kanan, 72 anggota, tiga pegawai awam dan 31 ahli keluarga disahkan positif COVID-19. 

"Mereka yang sedang menjalani kuarantin 14 hari ini membabitkan 354 pegawai kanan, 1,926 anggota, 73 penjawat awam dan 335 ahli keluarga di seluruh negara. Bagaimanapun, perkara ini tidak menjejaskan gerak kerja dalam pasukan," katanya kepada Bernama.

Beliau yang mengikuti nasihat Kementerian Kesihatan turut menjalani kuarantin kendiri di rumah bermula semalam.

Sumber : Bernama/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan