Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

179 kes baru dalam masyarakat hari ini; 138 terkait kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong & KTV

Singapura melaporkan 179 kes baru dalam kalangan masyarakat setakat tengah hari (21 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
179 kes baru dalam masyarakat hari ini; 138 terkait kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong & KTV

(Petikan: Google Street View)

Diterbitkan : 21 Jul 2021 05:19PM Dikemas Kini : 21 Jul 2021 05:22PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 179 kes baru dalam kalangan masyarakat setakat tengah hari (21 Jul).

Daripada jumlah itu 130 terkait kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong dan lapan berhubung kait dengan kelompok KTV.

Daripada 179 kes dalam masyarakat hari ini, 80 ada kaitan dengan kes-kes sebelum ini dan sudahpun dikuarantin.

Sebanyak 69 kes yang ada kaitan dengan kes-kes sebelum ini pula dikesan menerusi pengawasan.

Lagi 30 kes tiada kaitan dengan mana-mana kes terdahulu. Antaranya empat warga tua yang berusia 70 tahun dan ke atas dan belum divaksinasi serta berisiko mengalami sakit teruk.

Selain itu terdapat dua kes import yang sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di sini. Kedua-duanya jatuh sakit semasa menjalani SHN atau pengasingan.

Keseluruhannya, Singapura melaporkan 181 kes baru hari ini.

Setakat Rabu, sebanyak 63,621 kes di negara ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan