Skip to main content

Iklan

Iklan

162 kes tempatan baru COVID-19; 87 berkait kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong

Singapura melaporkan 162 kes jangkitan tempatan baru COVID-19 setakat tengah hari Khamis (22 Jul), termasuk 87 kes yang berhubung kait dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong dan lima kes berkait  kelab KTV. 

Anggaran Waktu Membaca:
162 kes tempatan baru COVID-19; 87 berkait kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong

Tempat masuk Pelabuhan Perikanan Jurong pada 19 Jul 2021. (Gambar fail: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

Diterbitkan : 22 Jul 2021 06:05PM Dikemas Kini : 22 Jul 2021 06:06PM

SINGAPORE: Singapura melaporkan 162 kes jangkitan tempatan baru COVID-19 setakat tengah hari Khamis (22 Jul), termasuk 87 kes yang berhubung kait dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong dan lima kes berkait kelab KTV.

Setakat Khamis petang, terdapat sejumlah 541 kes yang berhubung kait dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong/Pasar dan Pusat Makanan Hong Lim manakala 220 kes berkait dengan kelompok KTV.

Sebanyak 110 jangkitan mempunyai kaitan dengan kes lalu; 59 daripadanya sudahpun dikuarantin manakala 51 kes dikesan melalui ujian pengawasan.

Baki 52 kes tidak berkait dengan mana-mana kes terdahulu, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini awal hariannya.

Sebanyak enam kes melibatkan individu berusia lebih 70 tahun yang belum lagi divaksinasi dan berisiko menghidap penyakit serius, menurut MOH.

Secara keseluruhannya, Singapura melaporkan 170 kes baru COVID-19 pada Khamis.

MOH akan memberikan kemas kini lanjut tentang keadaan COVID-19 di Singapura pada malam nanti.

Sehingga Khamis, Singapura melaporkan jumlah terkumpul 63,791 kes COVID-19.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan