Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

15 doktor, pekerja perubatan di Msia dijangkiti COVID-19

Sebilangan kakitangan jagaan kesihatan daripada sektor awam dan privet di Malaysia tersenarai dalam statistik terkini pandemik COVID-19 di negara itu, lapor Malay Mail. 

Anggaran Waktu Membaca:
15 doktor, pekerja perubatan di Msia dijangkiti COVID-19

Para pegawai kuarantin kesihatan Malaysia menanti penumpang di tempat pemeriksaan suhu badan di terminal kapal pesiaran. (Gambar: Malay Mail menerusi TODAYonline)

Diterbitkan : 21 Mar 2020 10:02AM Dikemas Kini : 21 Mar 2020 10:04AM

KUALA LUMPUR: Sebilangan kakitangan jagaan kesihatan daripada sektor awam dan privet di Malaysia tersenarai dalam statistik terkini pandemik COVID-19 di negara itu, lapor Malay Mail.

Ketua Pengarah Kesihatan negara, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata 12 daripada pekerja kesihatan di bawah kementerian dan tiga daripada sektor privet sudahpun dijangkiti COVID-19.

Salah seorang daripada pekerja kementerian itu kini dimasukkan ke unit jagaan rapi (ICU) dan memerlukan sokongan pernafasan.

"Virus itu tidak mengenal sempadan, tidak kira kaum, agama atau status kekayaan lebih-lebih lagi jika anda seorang pekerja jagaan kesihatan yang berada di barisan hadapan dalam peperangan ini," tulis beliau dalam catatan Facebook seperti ditukil Malay Mail.

Dr Noor Hisham mengulangi rayuan kepada orang ramai, meminta mereka untuk duduk di rumah dan jangan keluar kerana bimbang ia boleh memburukkan lagi penularan COVID-19.

Dengan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia dilaporkan sebanyak 1,030 pada Jumaat (20 Mac), negara itu kini mempunyai bilangan kes keempat tertinggi di Asia selepas China, Iran dan Korea Selatan.  


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan