Skip to main content

Iklan

Iklan

14 kes COVID-19 dikesan di blok 695 Jurong West Central 1; semua penduduk perlu jalani ujian wajib

Semua penduduk di 695 Jurong West Central 1 perlu menjalani ujian wajib COVID-19 selepas beberapa kes jangkitan dikesan di blok perumahan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
14 kes COVID-19 dikesan di blok 695 Jurong West Central 1; semua penduduk perlu jalani ujian wajib

Blok 695 Jurong West Central 1. (Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 16 Aug 2021 06:56PM Dikemas Kini : 16 Aug 2021 06:57PM

SINGAPURA: Semua penduduk di 695 Jurong West Central 1 perlu menjalani ujian wajib COVID-19 selepas beberapa kes jangkitan dikesan di blok perumahan tersebut.

14 kes COVID-19 dikesan dalam enam isi rumah di blok tersebut sejauh ini, dedah Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin (16 Ogos).

Siasatan epidemiologi sedang dijalankan untuk mengenal pasti hubung kait dan punca penularan kes berkenaan.

Untuk mengesan jangkitan dalam masyarakat, ujian wajib bagi semua penduduk 695 Jurong West Central 1 akan dijalankan pada Selasa dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang di kolong blok itu.

Ujian tersebut tidak wajib bagi mereka yang sudahpun diuji negatif COVID-19 sejak 13 Ogos, menurut MOH.

Kementerian itu turut menasihatkanpenduduk agar memantau kesihatan mereka dengan rapi dan segera pergi doktor jika mereka rasa kurang sihat.

Mereka yang sedang menantikan hasil ujian pula dinasihatkan supaya mengurangkan interaksi sosial sebanyak mungkin.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan