Koronavirus

Images
  • malaysia covid
    Gambar: AFP

14,990 jangkitan COVID-19 di M'sia, Selangor kembali catat kes tertinggi

KUALA LUMPUR: Kes baru COVID-19 di Malaysia terus merosot kepada 14,990 kes hari ini (22 Sep) berbanding 15,759 kes semalam (21 Sep).

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi catatan di Twitter memaklumkan bahawa dengan angka terbaru itu, jumlah kumulatif kes di Malaysia kini sebanyak 2,142,924 kes.

Selangor mencatatkan kes tertinggi hari ini dengan 2,414 kes diikuti Johor (1,880), Sarawak (1,712) dan Kelantan (1,573).

Turut mencatatkan kes COVID-19 melebihi 1,000 kes ialah Perak (1,490), Pulau Pinang (1,224), Sabah (1,199) dan Kedah (1,007).

Lima negeri lagi mencatatkan kes COVID-19 tiga angka iaitu Terengganu (852), Pahang (688), Kuala Lumpur (338), Melaka (313) dan Negeri Sembilan (170), manakala Perlis dan Putrajaya masing-masing mencatatkan 97 dan 30 kes, serta Labuan (tiga kes). 

- BERNAMA/SM/sm

Top