Koronavirus
Images
12 jangkitan baru COVID-19 di Singapura, semuanya kes import
SINGAPURA: Sebanyak 12 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Sabtu (20 Feb), menurut Kementerian Kesihatan (MOH).
Kesemuanya adalah kes diimport dan diberikan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di sini.
Tiada kes jangkitan tempatan yang dilaporkan dalam masyarakat atau di dormitori pekerja asing.
Butiran lanjut kes akan dikeluarkan malam nanti, menurut MOH.
- CNA/NA/na