Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

110,000 ventilator akan dihantar ke wilayah terjejas, dedah Trump

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Selasa (7 Apr) bahawa pemerintah persekutuan mempunyai 8,675 ventilator dalam bekalan stok bagi negeri-negeri yang memerlukannya manakala lagi 110,000 alat itu akan dihantar dalam masa minggu-minggu mendatang.

Anggaran Waktu Membaca:
110,000 ventilator akan dihantar ke wilayah terjejas, dedah Trump

(Gambar: Jeenah Moon/REUTERS)

Diterbitkan : 08 Apr 2020 10:29AM Dikemas Kini : 08 Apr 2020 10:30AM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Selasa (7 Apr) bahawa pemerintah persekutuan mempunyai 8,675 ventilator dalam bekalan stok bagi negeri-negeri yang memerlukannya manakala lagi 110,000 alat itu akan dihantar dalam masa minggu-minggu mendatang.

"Saya rasa kita tidak akan memerlukannya," kata presiden itu ketika merujuk kepada ventilator semasa satu taklimat di Rumah Putih.

"Namun kita akan menyimpannya untuk hari muka dan kita juga akan dapat menolong negara-negara lain yang terdesak untuk ventilator."

Encik Trump berkata United Kingdom juga sudahpun meminta 200 ventilator.

Di Amerika Syarikat, COVID-19 membunuh lebih 10,000 pesakit manakala lebih 367,000 jatuh sakit, berdasarkan perangkaan Reuters.

Menurut Gabenor New York Andrew Cuomo pada Selasa, jumlah pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital kelihatan mendatar di negeri itu.

Kedua-dua New York dan jirannya New Jersey melaporkan korban jiwa harian tertinggi dalam tempoh 24 jam akibat COVID-10 dengan 731 kematian dilaporkan di New York sahaja.

Angka korban keseluruhan New York adalah sebanyak 5,489, membentuk hampir separuh daripada sekitar 12,500 korban COVID-19 di seluruh negara sejauh kini.

Amerika mencatatkan lebih 390,000 jangkitan yang disahkan, dengan lebih sepertiga daripadanya dilaporkan di New York.  


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan