Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

102 kes baru COVID-19 pada Khamis, lagi 10 kelompok jangkitan dormitori ditutup

Singapura melaporkan 102 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Khamis (13 Ogos), termasuk lima kes dalam masyarakat dan enam kes import. Demikian menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH).

Anggaran Waktu Membaca:
102 kes baru COVID-19 pada Khamis, lagi 10 kelompok jangkitan dormitori ditutup

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 13 Aug 2020 11:35PM Dikemas Kini : 13 Aug 2020 11:39PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 102 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Khamis (13 Ogos), termasuk lima kes dalam masyarakat dan enam kes import. Demikian menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan di Singapura sebanyak 55,497 kes, dengan 27 kematian disebabkan oleh COVID-19.

Empat kes import yang dilaporkan pada Khamis melibatkan kelasi yang tiba di Singapura dengan menaiki kapal daripada India pada 8 Ogos. Empat warga Filipina, yang merupakan pemegang pas khas, tidak turun daripada kapal itu setelah tiba di Singapura, menurut MOH.

Mereka melaporkan mengalami simptom antara 9 Ogos dengan 12 Ogos dan menjalani ujian swab ketika berada di atas kapal, di mana mereka terus berada di situ hingga keputusan ujian mereka mendedahkan bahawa mereka positif COVID-19, menurut MOH. Mereka kemudian dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans.

Lagi dua kes import adalah rakyat Singapura yang pulang daripada Filipina pada 11 Ogos, dan daripada Amiriah Arab Bersatu (UAE) pada 1 Ogos. Kedua-dua individu itu diberikan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura dan diuji ketika sedang menjalani notis tersebut.

KES JANGKITAN DALAM MASYARAKAT

Lima kes dalam masyarakat yang dilaporkan pada Khamis melibatkan seorang Penduduk Tetap Singapura dan empat pemegang permit kerja, menurut MOH dalam kemas kini hariannya.

Penduduk Tetap itu, seorang wanita berusia 44 tahun, dikenal pasti sebagai kontak kepada kes yang disahkan sebelum ini dan diletakkan di bawah perintah kuarantin sebelum ini. Beliau diuji semasa menjalani kuarantin.

Lagi empat kes jangkitan dalam masyarakat tidak mempunyai kaitan dengan kes-kes yang lain. Mereka adalah pemegang permit kerja dari Bangladesh, India, Myanmar dan Malaysia.

Tiga kes tersebut dikenal pasti melalui ujian berkala para pekerja yang bertugas dalam sektor perkhidmatan penting yang tinggal di luar dormitori.

Baki kes diuji sebagai sebahagian daripada usaha menguji para individu yang bekerja di barisan hadapan operasi COVID-19, menurut MOH.

91 kes baru pada Khamis terkait dengan pekerja-pekerja asing yang tinggal di dormitori.

MOH menyatakan bahawa jumlah kes baru dalam masyarakat kekal stabil pada purata dua kes setiap hari selama dua minggu kebelakangan ini.

Jumlah kes tanpa hubung kait dalam masyarakat juga kekal stabil dengan purata satu kes setiap hari sepanjang dua minggu lalu.

Lagi 216 kes COVID-19 dibenarkan pulang daripada hospital, menurut MOH pada Khamis. Secara keseluruhannya, 50,736 sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan dibenarkan pulang.

LOKASI BARU DITAMBAH, LAGI 10 KELOMPOK JANGKITAN DITUTUP

Selain itu, MOH menyatakan pawagam Golden Village di VivoCity ditambah ke dalam senarai tempat-tempat awam yang dikunjungi oleh kes COVID-19 dalam masyarakat semasa tempoh berjangkit.

Pawagam itu dikunjungi oleh satu kes COVID-19 antara pukul 3:40 petang dan 6:25 petang pada 30 Julai.

MOH turut mengumumkan penutupan lagi 10 kelompok jangkitan di dormitori, iaitu: 79 Kaki Bukit Industrial Terrace, 9A Tech Park Crescent, 10 Tech Park Crescent, 55 Tuas South Avenue 1, 15 Tuas View Close, 36 Tuas View Square, 38 Tuas View Square, 54/56 Tuas View Square, 145 Tuas View Square dan Hai Leck Engineering Pte Ltd (12 Tuas Drive 1).

Dormitori-dormitori berkenaan diisytiharkan bebas jangkitan oleh pasukan bertindak berbilang kementerian dan kini hanya menampung para individu yang sudah pulih dan mereka yang baru-baru ini diuji negatif bagi COVID-19, menurut MOH.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan