Skip to main content

Iklan

Iklan

102 kes baru COVID-19 di S'pura, termasuk 5 kes dalam masyarakat

Singapura melaporkan 102 kes baru COVID-19 setakat tengah hari tadi (13 Ogos), termasuk lima kes dalam masyarakat dan enam kes import. Demikian menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH).

Anggaran Waktu Membaca:
102 kes baru COVID-19 di S'pura, termasuk 5 kes dalam masyarakat

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 13 Aug 2020 04:33PM Dikemas Kini : 13 Aug 2020 04:37PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 102 kes baru COVID-19 setakat tengah hari tadi (13 Ogos), termasuk lima kes dalam masyarakat dan enam kes import. Demikian menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan di Singapura sebanyak 55,497 kes.

Daripada lima kes dalam masyarakat, seorang adalah penduduk tetap Singapura dan empat adalah pemegang pas kerja, menurut MOH dalam kemas kini hariannya.

Enam kes import itu sudah dikenakan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik sahaja tiba di Singapura.

Baki kes baru adalah pemegang pas kerja yang dikini dikuarantin.

Perincian lanjut akan didedahkan MOH malam ini nanti.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan