Koronavirus
Images
10 kes baru COVID-19 di S'pura, termasuk 1 kes dalam masyarakat
SINGAPURA: Singapura melaporkan 10 kes baru pada Isnin (22 Feb), termasuk satu kes dalam kalangan masyarakat.
Demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini.
Berdasarkan siasatan MOH, terdapat satu kes dalam kalangan masyarakat dan tiada kes di dormitori pekerja asing.
Baki sembilan kes adalah kes import dan semuanya sudah diberikan notis duduk rumah sebaik tiba di negara ini.
Perincian kes akan dikeluarkan oleh MOH malam ini nanti.
- BERITAmediacorp/NK/nk