Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

10 kes baru COVID-19 dalam masyarakat di Singapura, 7 berkait kelompok Lapangan Terbang Changi

Sebanyak 16 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Rabu (12 Mei), menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Anggaran Waktu Membaca:
10 kes baru COVID-19 dalam masyarakat di Singapura, 7 berkait kelompok Lapangan Terbang Changi

Orang ramai memakai pelitup muka ketika berada di Lapangan Terbang Changi. (Gambar: Calvin Oh)

Diterbitkan : 12 May 2021 03:47PM Dikemas Kini : 12 May 2021 03:49PM

SINGAPURA: Sebanyak 16 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Rabu (12 Mei), menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

10 daripadanya merupakan kes jangkitan dalam masyarakat dengan tujuh berhubung kait kelompok di Lapangan Terbang Changi. Lagi dua tidak ada kaitan dengan kes sebelumnya.

Baki enam kes diimport dan dikenakan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di sini.

Tiada kes dilaporkan di dormitori pekerja hijrahan.

Butiran lanjut kes hari ini akan diumumkan malam nanti, menurut MOH.

Sehingga hari ini, Singapura melaporkan 61,419 kes COVID-19 dan 31 kematian. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan