Skip to main content

Iklan

Iklan

1 kes masyarakat dan 1 penghuni dormitori antara 24 jangkitan baru COVID-19 di Singapura

Singapura melaporkan 24 kes baru COVID-19 pada Khamis (22 Apr), dua daripadanya melibatkan jangkitan tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
1 kes masyarakat dan 1 penghuni dormitori antara 24 jangkitan baru COVID-19 di Singapura

(Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 22 Apr 2021 04:58PM Dikemas Kini : 22 Apr 2021 05:02PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 24 kes baru COVID-19 pada Khamis (22 Apr), dua daripadanya melibatkan jangkitan tempatan.

Satu kes adalah jangkitan dalam masyarakat manakala seorang lagi tinggal di dormitori.

Baki 22 lagi adalah kes import yang sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan media.

Butiran kes akan diumumkan malam ini, tambah MOH.

Kementerian itu juga memberikan kemas kini siasatan ke atas Kes 62181, warga Bangladesh 35 tahun yang digajikan syarikat Prosper Environmental & Engineering sebagai penyelia binaan.

Lelaki itu yang bekerja di Sembcorp Marine Admiralty Yard dan tinggal di dormitori Westlite Woodlands, disahkan positif COVID-19 pada 19 Apr.

Satu operasi ujian khas yang dijalankan mendapati 17 penghuni dormitori itu yang sebelum ini sudah pulih daripada COVID-19, kini mengalami penyakit koronavirus lagi.

"Kes tersebut segera diasingkan dan dihantar ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit. MOH, bersama dengan panel pakar termasuk pakar penyakit berjangkit dan mikrobiologi sedang menyiasat sama ada mereka adalah kes jangkitan semula," kata kementerian itu.
Singapura melaporkan 60,904 kes COVID-19 sehingga hari ini. 

Sumber : CNA/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan