Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

1 anak kapal dari M'sia antara 10 kes import di S'pura

Anak kapal tersebut (Kes 61547) merupakan pemegang pas khas yang tiba dari Malaysia menaiki sebuah kapal.

Anggaran Waktu Membaca:
1 anak kapal dari M'sia antara 10 kes import di S'pura

Kawasan persinggahan di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi semasa pandemik COVID-19 melanda Singapura.

Diterbitkan : 04 Apr 2021 10:03PM Dikemas Kini : 04 Apr 2021 10:05PM

SINGAPURA: Seorang anak kapal yang tiba dari Malaysia adalah antara 10 kes baru COVID-19 di Singapura hari ini (4 Apr).

Demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kininya malam ini.

Menurut MOH Singapura melaporkan 10 kes baru COVID-19 hari ini dan kesemunya kes import.

Tiada kes baru dalam kalangan masyarakat mahupun di dormitori pekerja migran.

Anak kapal tersebut (Kes 61547) merupakan pemegang pas khas yang tiba dari Malaysia menaiki sebuah kapal.

Beliau menjalani ujian COVID-19 semasa berada di atas kapal dan tidak turun.

Siasatan epidemiologi sedang dijalankan.

Semua kontak rapat kes tersebut sudah diasingkan dan dikuarantin.

Selain anak kapal berkenaan, lagi sembilan kes import termasuk dua pemegang pas pelajar yang tiba dari India dan Amerika Syarikat.

Baki tujuh kes adalah pemegang permit kerja yang tiba dari Bangladesh, India dan Malaysia. Dua daripadanya adalah pembantu rumah migran.

Semua kes import itu sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

KEMAS KINI KES POSITIF COVID-19 TEMPATAN

Lagi 17 pesakit COVID-19 dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan-kemudahan pengasingan masyarakat.

Secara keseluruhan, sebanyak 60,202 pesakit sudah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan jagaan masyarakat.

Setakat ini, 40 pesakit masih dirawat di hospital, kebanyakannya dalam keadaan stabil atau semakin pulih. Seorang pesakit dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi (ICU).

Sebanyak 206 kes lagi diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat. Mereka mengalami simptom ringan atau sihat secara klinikal tetapi masih positif COVID-19.

Singapura melaporkan 60,478 kes COVID-19 setakat hari ini dengan 30 kematian. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan