Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Projek B3: Belia, Bahasa, Budaya anjuran Nusantara Arts dipentaskan esok

Selaras dengan visi itu, Projek B3: Belia, Bahasa, Budaya anjuran Nusantara Arts menampilkan pelbagai kegiatan menarik untuk para belia berkarya.

Anggaran Waktu Membaca:
Projek B3: Belia, Bahasa, Budaya anjuran Nusantara Arts dipentaskan esok

Nusantara Arts. (Gambar: Facebook/ The Audio Music Group)

SINGAPURA: Melibatkan para belia melalui muzik, bahasa dan budaya.

Selaras dengan visi itu, Projek B3: Belia, Bahasa, Budaya anjuran Nusantara Arts menampilkan pelbagai kegiatan menarik untuk para belia berkarya.

Ini termasuk persembahan yang menggabungkan puisi dan alat muzik tradisional Melayu yang akan dipentaskan esok (10 September).

Menjelang hari persembahan esok, kumpulan pemuzik belia dari Nusantara Arts terus gigih berlatih.

Lagu-lagu yang dinyanyikan merupakan puisi-puisi yang diilhamkan sendiri oleh para pemenang Pertandingan Menulis Puisi.

Puisi-puisi itu dijadikan sebuah karya muzik yang ditulis oleh sekumpulan penggubah muzik belia.

"Kami ingin memberi sebuah platform untuk penggiat-penggiat sastera dan juga pemuzik Singapura untuk bergabung bersama. Dengan konsert ini, kami berharap penonton-penonton terutama sekali golongan muda akan lebih menghargai warisan Melayu," kata penggiat muzik Hafiz Saiful Imran.

Bagi penyanyi Nusantara Arts pula Seri Muslihah Noor mengatakan: "Kami di Nusantara berharap agar dapat membuat lebih banyak persembahan di tempat-tempat awam kerana ini merupakan usaha kami untuk menampilkan budaya Melayu dan irama muzik Melayu."

Projek B3: Belia, Bahasa, Budaya ini disokong oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura, Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakkan Bahasa Melayu dan Majlis Belia Kebangsaan.

Ia merangkumi tiga bahagian - pertandingan menulis puisi dan bengkel puisi yang diadakan Julai lalu.

Dan sempena Bulan Bahasa, acara kemuncaknya ialah persembahan muzik yang diadakan esok di Dewan Konsert, SOTA. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan