Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kegemilangan muzik Melayu tumpuan Bulan Bahasa di Tampines

Bertajuk Genderang Bahasa dan Budaya, acara tersebut dilancarkan semalam (10 September) oleh Menteri Sekitaran dan Sumber Air yang juga Anggota Parlimen GRC Tampines, Masagos Zulkifli. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kegemilangan muzik Melayu tumpuan Bulan Bahasa di Tampines

Gambar: Facebook/ Tampines North

SINGAPURA: Kegemilangan muzik Melayu menjadi tumpuan kempen Bulan Bahasa di kejiranan Tampines tahun ini.

Bertajuk Genderang Bahasa dan Budaya, acara tersebut dilancarkan semalam (10 September) oleh Menteri Sekitaran dan Sumber Air yang juga Anggota Parlimen GRC Tampines, Masagos Zulkifli.

Lagu-lagu dari era 1950an dan 1960an terkenal dengan keindahan bahasanya.

Maka itu, Encik Masagos berharap masyarakat dapat menghayati keindahan bahasa Melayu menerusi muzik.

"Untuk mempertahankan bahasa Ibunda, kita perlu memahami ia dengan lebih mendalam. Bahasa ibarat peti yang mengandungi khazanah budaya dan nilai-nilai hidup yang disanjung kaum kita," ujar beliau.

Pelbagai acara budaya dan persembahan disediakan bagi para penduduk Tampines termasuk belajar menganyam ketupat, mencetak batik, bengkel menyanyi lagu-lagu Melayu dan permainan tradisional.

Selain membawa sambutan Bulan Bahasa lebih dekat kepada masyarakat, penglibatan estet-estet kejiranan juga diharap dapat menggalak penggunaan bahasa Melayu serta memperkenalkannya kepada penduduk pelbagai kaum.

Pengerusi Bulan Bahasa 2016 AP Cik Rahayu Mahzam berkata: "Kami memang menggalakkan estet-estet yang lain juga melakukan perkara yang sama. Sememangnya kejiranan lain ada aktiviti mereka di kelab masyarakat mereka sendiri.

"Jadi kita lihat apabila kita adakan di kawasan seperti ini, mereka yang bukan berbangsa Melayu juga hadir, mengambil bahagian dan sedikit sebanyak mengenali tentang bangsa dan budaya kita."

Seramai 500 orang hadir memeriahkan acara tersebut.

Sambutan Bulan Bahasa diadakan sehingga 15 Oktober ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan