Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bulan Bahasa dilancarkan di Woodlands dan Chua Chu Kang

Kemeriahan sambutan Bulan Bahasa diteruskan sepanjang hujung minggu ini dengan dua lagi pelancaran di kawasan kejiranan.

Anggaran Waktu Membaca:
Bulan Bahasa dilancarkan di Woodlands dan Chua Chu Kang
Diterbitkan : 18 Sep 2016 07:49PM Dikemas Kini : 18 Sep 2016 08:15PM

SINGAPURA: Kemeriahan sambutan Bulan Bahasa diteruskan sepanjang hujung minggu ini dengan dua lagi pelancaran di kawasan kejiranan.

Salah satunya di kawasan Woodlands yang menyertai kempen bulan bahasa buat julung-julung kalinya tahun ini.

Sementara kawasan Chua Chu Kang pula menampilkan sebuah lagu khas di acara pelancarannya semalam (17 Sep).

Biasakan yang betul. Betulkan yang biasa.

Itulah mesej yang dilaung-laungkan dalam lagu ciptaan Wawan Husen, yang turut dipersembahkan oleh murid-murid Sekolah Rendah Concord dan penyanyi tempatan, Hyrul Anuar.

"Mesejnya adalah untuk semua rakan-rakan Melayu, kita nak satukan bahasa Melayu ini, kita hendak satukan budaya kita. Kalau kita tak didikan mesej ini kepada yang muda, ia akan pupus tidak lama lagi," komposer dan penyanyi lagu Biasakan yang Betul, Wawan Husen.

Untuk mendekati lebih ramai penduduk bukan Melayu, acara pelancaran di Chua Chu Kang kali ini diadakan di lokasi yang strategik.

Menurut AP GRC Chua Chu Kang, Zaqy Mohamad: "Kita membawa acara-acara kami ke pusat Chua Chu Kang di mana kita mempunyai pusat membeli-belah dan kita mempunyai stesen MRT dan bas pertukaran bas. Kita berharap untuk membawa bahasa ibunda kita dan acara-acara bulan bahasa ke masyarakat umum."

Sambutan di kawasan Woodlands yang menyertai kempen Bulan Bahasa buat pertama kali, juga tidak kurang meriahnya.

Sepanjang acara pelancarannya petang tadi (18 Sep), para hadirin disajikan dengan pelbagai kegiatan serta persembahan menarik.

"Saya harap masyarakat di Woodlands dan secara amnya dapat menghargai bahasa ibunda kita dan melestarikan budaya dan bahasa kita. Banyak unsur-unsur yang baik yang boleh diteladani," AP GRC Sembawang memberitahu BERITAMediacorp.

Selain Woodlands dan Chua Chu Kang, Bulan Bahasa tahun ini juga diraikan di Tampines, Nee Soon dan Jurong. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan