Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tharman: SDP sebarkan mesej yang cemaskan, takut-takutkan penduduk

Menggulung rapat PAP malam ini (5 Mei), Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam mengkritik SDP kerana menyebarkan mesej yang menimbulkan cemas dan menakut-nakutkan para pengundi.

Anggaran Waktu Membaca:
Tharman: SDP sebarkan mesej yang cemaskan, takut-takutkan penduduk

Gambar Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam. (Gambar fail: S Shiva)

Diterbitkan : 05 May 2016 11:34PM Dikemas Kini : 05 May 2016 11:39PM

SINGAPURA: Menggulung rapat PAP malam ini (5 Mei), Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam mengkritik SDP kerana menyebarkan mesej yang menimbulkan cemas dan menakut-nakutkan para pengundi.

Beliau juga menuduh SDP menggunakan politik yang populis.

DPM Tharman berkata tindakan SDP membuat janji-janji yang tidak realistik tanpa memberitahu penduduk tentang kesannya, merupakan amalan politik yang "tidak sihat".

Memberi contoh, Encik Tharman menyebut tentang ucapan Dr Chee Soon Juan di mana beliau menukil seorang Profesor Madya dari Universiti Peking yang mengatakan rizab negara kehilangan dana sebanyak $800 bilion.

Beliau berkata dakwaan itu tidak benar sama sekali, lalu memberitahu orang ramai bahawa Kementerian Kewangan (MOF) sudahpun menjelaskan pelbagai teori dan analisis di laman webnya.

Encik Tharman menambah, Dr Chee sendiri mengakui kurang memahami hal sedemikian, lantas mempersoalkan tindakannya menyebarkan mesej yang menakut-nakutkan itu.

Mengulas lebih lanjut tentang "politik populis" yang digunakan SDP, DPM Tharman memetik beberapa contoh daripada dasar-dasar yang diusulkan parti itu seperti insurans pengangguran.

Encik Tharman berkata, insurans tersebut tidak diperlukan sekarang kerana Singapura masih belum berdepan dengan kadar pengangguran yang tinggi.

Namun sekiranya ia perlu dipertimbangkan, DPM Tharman meminta Dr Chee supaya menjelaskan secara jujur kos yang diperlukan.

Menurut DPM Tharman, kertas kajian SDP menganggarkan insurans sedemikian memerlukan belanja $2 bilion atau $1,000 setiap tahun bagi setiap pekerja tempatan.

Namun itu tidak dijelaskan Dr Chee dan sebaliknya, beliau memberitahu para penduduk bahawa mereka hanya perlu membayar sejumlah kecil daripada gaji mereka.

Tetapi bukan itu yang ingin saya tekankan. "Apa yang ingin saya tekankan adalah jika anda mahu bercakap tentang dasar-dasar, perlulah jujur, bercakap benar. Beritahu orang ramai apakah manfaatnya, apakah kos yang diperlukan," kata Encik Tharman.  

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan