Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pilihan raya Bt Batok: Penduduk menaruh harapan tinggi terhadap calon

Sepanjang kempen sembilan hari, kedua-dua calon PAP dan SDP membentangkan rancangan masing-masing untuk kawasan Bukit Batok serta penduduknya.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sepanjang kempen sembilan hari, kedua-dua calon PAP dan SDP membentangkan rancangan masing-masing untuk kawasan Bukit Batok serta penduduknya.

Malam ini (7 Mei) bakal menentukan, siapakah yang berjaya menawan hati para pengundi di Kawasan Undi Perseorangan (SMC) itu.

Para pengundi Bukit Batok yang ditemui BERITAMediacorp menaruh harapan tinggi terhadap calon yang dipilih dalam pilihan raya kecil ini.

Mereka berharap Anggota Parlimen yang bakal menerajui kawasan Bukit Batok nanti, dapat menjalankan tugasnya dengan baik.

Pengundi SMC itu, Patimah Abdul Rahman, 64 tahun, berkata: "Calon yang saya pilih, saya percaya beliau boleh lakukan kerja yang baik untuk Singapura dan kawasan Bukit Batok."

Seorang lagi pengundi, Kamal Kinjang, 52 tahun, pula berkata: "Dua-dua sama hebatlah. Kalau boleh, kalau beliau jaga daerah ini dengan sempurna, Alhamdulillah. Tak ada apa-apa masalah. Minta supaya teruskan semualah."

MAHU KERJA PENINGKATAN DITERUSKAN

Mereka rata-ratanya mahukan kerja-kerja peningkatan diteruskan, terutamanya bagi kemudahan para penduduk tua di Bukit Batok.

Pengundi, Ruqaiyah Sapuan, 30 tahun, berkata: "Saya harapkan AP baru ini akan memperbaiki kehidupan penduduk di sini. Misalnya, kawasan ini ramai warga senja jadi saya harap lebih banyak kemudahan dapat disediakan untuk mereka."

Leny Marlina, 27 tahun, pula berkata: "Untuk saya, saya harap lebih banyak kerja-kerja peningkatan dijalankan, seperti contoh, ruang bersenam, dan lebih banyak tempat untuk kita berkumpul sebagai sebuah masyarakat."

HARAP AP KOTAKAN SEGALA JANJI

Namun bagi seorang penduduk, Anwar Ahmad, 53 tahun, harapan utamanya adalah semoga AP yang dipilih mengotakan segala janji yang diberikan sepanjang berkempen di sini.

"Apa yang saya inginkan adalah apa yang sudah dibentangkan ataupun disuarakan itu dapat meleraikan segala masalah di sini dan membentukkan kehidupan yang harmoni, seperti apa yang sudah dicakapkan sebelum ini, dan kotakan kehendak rakyat di sini," katanya.

Selain sokongan untuk warga tua, Encik Anwar juga berharap lebih banyak bantuan dapat dihulurkan kepada golongan belia daripada keluarga pincang.  

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan