Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Murali: Beri saya mandat untuk terus berkhidmat

Dalam ucapannya di rapat terakhir PAP bagi Pilihan Raya Kecil Bukit Batok malam ini (5 Mei), calon parti itu, Encik Murali Pillai meminta para pengundi memberikan beliau "mandat yang kukuh" supaya beliau dapat terus berkhidmat kepada mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Murali: Beri saya mandat untuk terus berkhidmat

Encik Murali Pillai dari Parti Tindakan Rakyat bercakap di rapat bagi Pilihan Raya Kecil Bukit Batok di Stadium Bukit Gombak malam ini (5 Mei). (Gambar: Wee Teck Hian)

Diterbitkan : 05 May 2016 11:22PM Dikemas Kini : 05 May 2016 11:30PM

SINGAPURA: Dalam ucapannya di rapat terakhir PAP bagi Pilihan Raya Kecil Bukit Batok malam ini (5 Mei), calon parti itu, Encik Murali Pillai meminta para pengundi supaya memberikan beliau "mandat yang kukuh" untuk terus berkhidmat.

"Ini bukan untuk diri saya sendiri, ia adalah mengenai anda, berkhidmat untuk anda," kata Encik Murali yang sudah berkhidmat sebagai seorang aktivis akar umbi di Bukit Batok selama 16 tahun kepada para penduduk yang menghadiri rapat PAP di Stadium Bukit Gombak malam ini.

"Dengan mandat anda, saya akan dapat memimpin pasukan relawan saya yang sudah saya kenali mereka selama 16 tahun."

Encik Murali, seorang peguam, turut menegaskan bahawa setiap undi yang diperolehi akan membantu beliau untuk terus mengekalkan kesinambungan dalam menguruskan kawasan undi itu. "Setiap undi adalah satu undi bagi kepastian. Tidak perlu untuk bereksperimen," kata Encik Murali.

Dalam ucapannya itu, Encik Murali juga mendedahkan pelan baru bagi membantu para penduduk Bukit Batok, khususnya bantuan untuk golongan pertengahan.

Awal dari itu, AP GRC Chua Chu Kang Low Yen Ling yang turut berucap di rapat PAP itu berkata, calon Encik Murali adalah seorang calon yang berjiwa rakyat dan mengutamakan warga tua dan golongan yang memerlukan.

Menurut Cik Low, Encik Murali juga komited dalam usahanya untuk menjadikan Bukit Batok sebagai tempat tinggal yang lebih baik untuk semua penduduk di kawasan undi perseorangan itu.

Cik Low berkata Encik Murali sudah berkhidmat di Bukit Batok selama 16 tahun dan sepanjang tempoh yang lama itu beliau melaksanakan pelbagai tugas.

Beliau menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan konsisten.

"Para penduduk di Bukit Batok, anda perlu membuat satu pilihan yang penting pada 7 Mei ini. Jika anda melihat di sekeliling dunia, lebih-lebih lagi dalam masa yang mencabar sekarang, kestabilan amat penting, dan anda perlukan sifat taat setia dan konsisten. Anda boleh bergantung kepada Ah Mu (Murali) untuk memberikan anda dan anak-anak anda, kediaman yang selamat untuk terus hidup dengan makmur."

"Dan jika kita ada masalah, apakah yang akan kita lakukan, kita meminta bantuan daripada seorang rakan lama. Seperti seorang rakan lama, Ah Mu akan menjaga anda!"

Sumber : Today/CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan