Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Chee: Jumlah pemberhentian kerja akan melebihi pekerjaan tidak lama lagi

Keadaan ekonomi diramal suram dan lebih ramai pekerja akan diberhentikan, kata setiausaha agung Parti Demokratik Singapura (SDP), Chee Soon Juan hari ini (5 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 May 2016 03:42PM Dikemas Kini : 05 May 2016 10:00PM

SINGAPURA: Keadaan ekonomi diramal suram dan lebih ramai pekerja akan diberhentikan, kata setiausaha agung Parti Demokratik Singapura (SDP), Chee Soon Juan hari ini (5 Mei).

Di rapat pilihan raya kelmarin, calon SDP bagi pilihan raya kecil Bukit Batok itu berkata, Pemerintah hanya mewujudkan 100 pekerjaan baru pada 2015.

Namun, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyangkal dakwaannya itu semalam, dan menyatakan, Dr Chee "salah faham" tentang datanya dan calon pembangkang itu memberikan "gambaran yang mencemaskan tentang pasaran kerja bagi rakyat Singapura."

Sebagai membalas kenyataan MOM itu, Dr Chee berkata beliau percaya bahawa jumlah pemberhentian kerja akan melebihi jumlah pekerjaan yang diwujudkan "tidak lama lagi."

Beliau menyifatkan keadaan itu sebagai "serius", sambil menyebut tentang syarikat-syarikat minyak McDermott, Technip dan Subsea yang berpindah ke Kuala Lumpur, dan Kumpulan Al-Futtaim yang memberi isyarat ia berniat untuk menutup sesetengah cawangannya di Singapura.

Dr Chee juga mengulangi seruannya sebelum ini untuk mewujudkan insurans pemberhentian kerja, dan menambah, Singapura adalah antara segelintir negara di dunia yang tidak mempunyai skim sedemikian.

Beliau menambah bahawa para Anggota Parlimen Parti Tindakan Rakyat (PAP) juga berkata "sudah tiba masanya" skim sedemikian diwujudkan.

"Inilah yang kami mahu lakukan apabila kami memasuki Parlimen: Kami mahu mengusahakan, bekerja bersama para AP lain, tidak mengira parti," kata Dr Chee.

"Jika anda utamakan kepentingan rakyat, anda akan dapat membantu mengurangkan kejutan yang mereka alami, sekiranya satu hari nanti mereka dipanggil masuk pejabat dan diberitahu, mereka tidak perlu masuk kerja keesokan harinya," ujar beliau lagi.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan