Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Chan Chun Sing: Penting punyai suara yang membina di Parlimen

Menteri di Pejabat Perdana Menteri Chan Chun Sing menekankan pentingnya mempunyai suara yang membina di Parlimen.

Anggaran Waktu Membaca:
Chan Chun Sing: Penting punyai suara yang membina di Parlimen

Ketua Buruh Chan Chun Sing. (Gambar fail)

Diterbitkan : 05 May 2016 10:57PM Dikemas Kini : 05 May 2016 10:59PM

SINGAPURA: Menteri di Pejabat Perdana Menteri Chan Chun Sing menekankan pentingnya mempunyai suara yang membina di Parlimen.

Semasa berucap di rapat Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diadakan di Stadium Bukit Gombak malam ini (5 Mei), Encik Chan turut menukil kegigihan calon PAP bagi Pilihan Raya Kecil Bukit Batok, Encik Murali Pillai dalam bertemu para penduduk di kawasan undi perseorangan (SMC) itu serta memahami keperluan mereka.

Menurut Encik Chan, pilihan raya ini adalah mengenai siapakah yang boleh membantu penduduk Bukit Batok dan menjaga mereka dengan baik.

"Walaupun ada suara di Parlimen, adakah ia suara yang membina? Adakah ia sesuatu yang akan menambah (nilai) kepada Parlimen, yang akan membolehkan kita menghasilkan idea-idea yang lebih baik? Hanya dengan mempunyai suara yang berbeza saja belum cukup baik," tegas Encik Chan.

"Saya akan memberitahu anda tentang suara yang berbeza. Saya sudah mengenali Murali untuk beberapa tahun. Saya mesti memberitahu anda bahawa beliau mempunyai keberanian. Bagaimana saya tahu? Beliau pernah menjadi Pengerusi Cawangan Paya Lebar. Saya sendiri pernah berinteraksi dengannya lebih daripada sekali. Apabila beliau tidak bersetuju dengan saya, beliau akan memberitahu saya secara langsung. Inilah jenis orang yang mempunyai keberanian," ujar Encik Chan lagi.

Encik Chan juga mendedahkan pendekatan Encik Murali sepanjang tempoh berkempen: "Sepanjang dua minggu lalu, pihak media bertanya di mana Murali? Di mana Murali? Mengapa kita tidak nampak beliau berjalan-jalan, di kedai kopi, di kawasan dengan ramai orang? Saya beritahu anda di mana Murali: blok-blok. Satu blok pada satu masa. Apabila beliau masuk, beliau tidak hanya pergi ke satu rumah dan keluar. Beliau berjalan pada setiap tingkat. Oleh itu, pihak media mendapati sukar untuk mencarinya."

"Tapi yang paling menakjubkan, adakah anda melihat beliau menulis di laman Facebooknya dengan megah bahawa beliau sudahpun mengunjungi 100% blok? Tidak, beliau bukan orang seperti itu. Beliau tahu bahawa walaupun beliau sudah mengunjungi blok itu, beliau akan mengunjunginya lagi. Inilah cara seorang AP yang baik," kata Encik Chan mengenai ciri-ciri Encik Murali.

Kata Encik Chan lagi, "Kerja seorang AP tidak akan habis. Kami berjalan dan mengelilingi (kawasan undi) untuk memastikan setiap penduduk dijaga. Anda mempunyai bahan itu dalam lelaki ini."

"Saya sudah bercakap tentang hal ini dalam ucapan Mandarin saya. Apa yang berlaku enam bulan lalu - beliau tidak berjaya memenangi GRC Aljunied. Tapi adakah beliau berlalu pergi? Tidak, beliau terus berkhidmat untuk para penduduk di sana. Orang seperti inilah yang mempunyai keberanian dan kecerdasan. Beliau bermaksud apa yang beliau katakan," dedah Encik Chan lagi. 

Sumber : CNA/aw
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan