Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

BERITA EKSTRA: Wawancara penuh dengan juruterbang jet pejuang F-5, Kapten Muhd Iskandar

Kapten Muhammad Iskandar Dzulfadhli Abdul Rahman terlibat dalam acara terbang lalu udara melibatkan 50 pesawat semasa NDP 2015. 

Anggaran Waktu Membaca:
BERITA EKSTRA: Wawancara penuh dengan juruterbang jet pejuang F-5, Kapten Muhd Iskandar

Juruterbang pesawat pejuang RSAF, Kapten Iskandar Muhammad. (Gambar: RSAF)

Diterbitkan : 22 Jun 2015 12:27PM Dikemas Kini : 25 Jun 2021 04:59PM

SINGAPURA: Salah satu tarikan semasa Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini ialah acara terbang lalu udara melibatkan 50 pesawat yang terdiri daripada jet pejuang, helikopter dan pesawat pengangkutan.

Antara yang terlibat dalam pertunjukan itu ialah seorang anak Melayu/Islam yang merupakan juruterbang jet pejuang F-5, Kapten Muhammad Iskandar Dzulfadhli Abdul Rahman.

Juruterbang pesawat pejuang RSAF, Kapten Iskandar Muhammad. (Gambar: RSAF) 

Dalam wawancara dengan media, Kapten Iskandar berkata beliau memang bercita-cita untuk menjadi juruterbang apabila menyaksikan pasukan Black Knights pada tahun 90an. Kini impiannya sudah menjadi nyata.

Kapten Muhd Iskandar berkata: "Saya rasa amat gembira dan amat bangga yang saya dapat mewakili bangsa Melayu di Singapura untuk menyambut NDP tahun ini."

Tahun ini merupakan kali pertama Kapten Iskandar menjadi juruterbang dalam NDP. Lebih istimewa lagi, beliau terlibat dalam acara khas NDP sempena Jubli Emas Negara.

Tentunya beliau berasa amat bertuah dipilih untuk mengambil bahagian dalam pertunjukan tersebut.

Ikuti klip BERITA EKSTRA ini yang membawakan wawancara penuh bersama Kapten Iskandar, di mana beliau turut berkongsi tentang cabaran menjayakan acara terbang lalu udara dalam NDP kali ini.

BARU-BARU INI KAPTEN ISKANDAR JADI KOMANDER MISI

Pada April lalu, Kapten Iskandar diberi kepercayaan menjadi Komander Misi (Mission Commander) dalam salah satu daripada misi latihan Exercise Cope Tiger (XCT).

XCT merupakan latihan tentera yang dijalankan secara bersama oleh tiga negara iaitu Singapura, Amerika Syarikat dan Thailand. 

Sumber : BERITA Mediacorp/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan