Skip to main content

Iklan

Iklan

Tapak pertama sepadukan khidmat jagaan dalam perumahan awam dilancarkan di Bukit Batok pada 2020

Sebuah kawasan di Bukit Batok sudah dikenal pasti bagi satu program perintis yang akan dilancarkan mulai tahun depan, yang menawarkan konsep perumahan untuk warga tua yang disepadukan dengan khidmat jagaan. Demikian menurut Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong hari ini (7 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Mar 2019 09:16PM Dikemas Kini : 07 Mar 2019 11:58PM

SINGAPURA: Sebuah kawasan di Bukit Batok sudah dikenal pasti bagi satu program perintis yang akan dilancarkan mulai tahun depan, yang menawarkan konsep perumahan untuk warga tua yang disepadukan dengan khidmat jagaan. Demikian menurut Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong hari ini (7 Mac).

Program perintis ini adalah hasil kerjasama antara Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan Kementerian Kesihatan (MOH), kata Encik Wong.

Sebagai permulaan, konsep itu meliputi flat yang disediakan dengan khidmat yang disesuaikan serta lebih banyak ruang riadah.

Pada masa yang sama, perbincangan fokus akan diadakan untuk mendapatkan pandangan tentang pilihan yang tersedia bagi perumahan awam.

Semasa perbahasan peruntukan bagi MOH pada Rabu (6 Mac), Menteri Negara Kanan Kesihatan Amy Khor berkata kumpulan-kumpulan fokus itu akan membolehkan MOH dan MND untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai aspirasi rakyat Singapura serta "memperhalusi pilihan baru ini bagi warga senja sebelum ia disebar luaskan."

Dr Khor menambah projek itu mungkin melibatkan flat-flat yang mempunyai ciri-ciri mesra warga senja, ruang bersama seperti tempat rekreasi dan bilik jamuan untuk menggalak interaksi.

Bagi kawasan perumahan privet pula, pihak berkuasa sedang meneroka model-model rumah persaraan sedemikian. Ia sedang menimbangkan kemungkinan mengubah kawasan-kawasan sekolah yang dikosongkan menjadi rumah persaraan.

Menurut Encik Wong, apa yang penting adalah untuk memastikan rumah yang dibina dilengkapi dengan perkhidmatan untuk warga tua.

Penggunaan wang CPF juga, kata beliau, akan diubah bagi memastikan warga tua boleh meraih pendapatan dari penjualan flat mereka dan memilih saiz flat yang sesuai dengan lebih mudah.

Buat masa ini, penggunaan wang CPF dihadkan apabila membeli flat dengan baki tempoh pajakannya kurang 60 tahun.  

Sumber : CNA/NF/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan