Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sistem inframerah dipasang di 11 kompleks renang awam jelang 2020

Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) akan memperkenalkan sistem digital bagi memastikan aktiviti-aktiviti renang yang lebih selamat.

Anggaran Waktu Membaca:
Sistem inframerah dipasang di 11 kompleks renang awam jelang 2020

Gambar fail kompleks renang Hougang. (Gambar: ActiveSG)

Diterbitkan : 08 Mar 2019 07:04PM Dikemas Kini : 08 Mar 2019 07:07PM

SINGAPURA: Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) akan memperkenalkan sistem digital bagi memastikan aktiviti-aktiviti renang yang lebih selamat.

Ini didedahkan oleh Menteri MCCY, Grace Fu, semasa perbahasan Jawatankuasa Peruntukan bagi kementerian tersebut.

Bagaimana sistem tersebut berfungsi?

Apabila semboyan dibunyikan, ini bermakna kamera inframerah mengesan seorang perenang dalam kesulitan. Pegawai penyelamat dapat menjejaki di mana perenang itu berada menerusi paparan LED.

SportSG akan melaksanakan Sistem Komputer Pengesan Bahaya Lemas (CVDDS) itu secara berperingkat-peringkat di 11 kompleks renang awam di Singapura menjelang April 2020.

Cik Fu berkata hari ini (8 Mac) bahawa sistem berkenaan bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan di kompleks-kompleks renang awam di merata Singapura.

Menurut beliau, sistem itu akan dipasangkan di kompleks renang di Bukit Batok, Jurong West dan Hab Tampines Kita (OTH) pada tahun ini, dengan lagi tujuh akan dipasangkan menjelang April 2020.

Sistem itu dilaksanakan selepas satu ujian perintis selama setahun yang dijalankan di Kompleks Renang Hougang.

MCCY menyatakan sistem itu sudahpun dinilai agar ia mematuhi piawai antarabangsa dan mempunyai kadar rendah bagi isyarat kecemasan palsu.

WADAH ONLINE BAGI ACARA KESENIAN

Semasa berucap di Parlimen, Cik Fu juga mengumumkan pelbagai inisiatif mengenai pendigitalan. Ini seperti sejenis wadah online yang membolehkan orang ramai untuk mencari dan mendaftarkan acara kesenian dan kebudayaan.

Beliau turut berkata, laman itu akan disepadukan dengan lelaman pembelian tiket relevan bagi mewujudkan "pengalaman pengguna yang licin".  

Sumber : CNA/MM/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan