Skip to main content

Iklan

Iklan

S'pura kekalkan dasar ketat status penduduk tetap dan rakyat: Josephine Teo

Singapura mengekalkan dasar yang ketat dalam meluluskan permohonan status penduduk tetap dan rakyat negara ini.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura kekalkan dasar ketat status penduduk tetap dan rakyat: Josephine Teo

Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Josephine Teo dalam sidang parlimen pada 19 Nov.

Diterbitkan : 28 Feb 2019 07:26PM Dikemas Kini : 28 Feb 2019 07:28PM

SINGAPURA: Singapura mengekalkan dasar yang ketat dalam meluluskan permohonan status penduduk tetap dan rakyat negara ini.

Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Josephine Teo yang juga bertanggungjawab tentang isu-isu penduduk menegaskan, tindakan mengimbangi dengan teliti pengaliran imigresen adalah salah satu strategi dalam menguruskan jumlah penduduk Singapura.

Cik Teo menambah dasar imigresen negara bertujuan mengekalkan jumlah rakyat yang mantap supaya ekonomi dan masyarakat Singapura kekal bertenaga.

Pada 2018, Singapura meluluskan sekitar 22,600 kerakyatan.

Jumlah Penduduk Tetap pula kekal sekitar 520,000 tahun lalu.

Cik Teo berkata dalam semua kes, pihak berkuasa menimbangkan usia pemohon, profil keluarga, sumbangan ekonomi serta keupayaan si pemohon untuk berintegrasi.

Turut dipertimbangkan, rasa jati diri dan keselesaan dengan cara hidup Singapura serta nilai-nilai dan kebiasaan tempatan.

Ikatan keluarga dan tempoh berada di sini mencerminkan isu-isu tersebut.

Cik Josephine Teo juga memberitahu dewan, jumlah kelahiran rakyat Singapura adalah lebih ramai sejak lima tahun lalu berbanding lima tahun sebelumnya.

Ini meskipun kadar kesuburan Singapura jatuh ke paras paling rendah iaitu 1.14 tahun lalu.

Cik Teo berkata memastikan Singapura mempunyai generasi rakyat yang baru adalah strategi utama pemerintah dalam menguruskan penduduk.

Beliau merujuk kepada Tinjauan terbaru mengenai Perkahwinan dan Keibubapaan yang menunjukkan bahawa ramai rakyat muda Singapura masih mahu berumahtangga dan mempunyai anak.

Cik Teo menambah, pemerintah akan meneruskan usahanya untuk menjadikan perkahwinan dan keibupaan sesuatu yang dapat dikecapi, dinikmati dan diraikan. 

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan