Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat Sukan Choa Chu Kang dibuka mulai 2020, kemudahan sukan di Yishun dinaik taraf

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk memenuhi "keperluan para penduduk dan bandar yang kian meningkat", Pusat Sukan Choa Chu Kang yang dinaik taraf akan dibuka bertahap-tahap mulai tahun depan. Ini menurut Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Grace Fu pada Jumaat (8 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat Sukan Choa Chu Kang dibuka mulai 2020, kemudahan sukan di Yishun dinaik taraf

Ilustrasi Pusat Sukan Choa Chu Kang. (Gambar: Sport Singapore)

Diterbitkan : 08 Mar 2019 03:33PM Dikemas Kini : 08 Mar 2019 03:53PM

SINGAPURA: Sebagai sebahagian daripada usaha untuk memenuhi "keperluan para penduduk dan bandar yang kian meningkat", Pusat Sukan Choa Chu Kang yang dinaik taraf akan dibuka bertahap-tahap mulai tahun depan. Ini menurut Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Grace Fu pada Jumaat (8 Mac).

Terdapat juga rancangan untuk mempertingkatkan kemudahan-kemudahan sukan yang sedia ada di Yishun dan Sport Singapore sudah bekerjasama dengan para pemimpin masyarakat tempatan berkenaan saranan-saranan peningkatan tersebut. Menurut MCCY lagi, maklumat lanjut akan dikongsi kelak.

"Kami sedar bahawa kemudahan-kemudahan baru dan dipertingkat diperlukan untuk memenuhi keperluan para penduduk dan bandar yang kian meningkat," menurut Cik Fu di Parlimen semasa menyampaikan ucapan Jawatankuasa Perbekalan. "Rakyat Singapura juga mempunyai peluang untuk memainkan peranan lebih besar dalam membina bersama ruang-ruang bersukan pada masa akan datang seperti Pusat Sukan Choa Chu Kang yang dinaik taraf."

Sports Singapore menerima lebih 700 respons daripada para penduduk tentang apa yang mereka inginkan di pusat sukan tersebut. Tahun depan, sebuah kompleks renang yang sudah diubah elok dengan kolam renang tertutup, alat permainan air baru dan gelongsor air akan dibuka kepada awam, menurut MCCY.

Menurut MCCY lagi, sebuah dewan sukan berhawa dingin, gim lebih besar dan studio tarian, serta sebuah makmal kesihatan aktif, akan disediakan menjelang 2021.

Tahun ini, rakyat Singapura boleh menjangkakan perasmian 52 dewan sukan sekolah tertutup baru, 32 padang sekolah terbuka baru serta dua padang bermain baru di Jurong Lake Gardens dan Yan Kit, menurut Cik Fu.

Sembilan lagi kemudahan sukan di Buona Vista, Choa Chu Kang, Chong Pang, Mountbatten, Punggol East, Sembawang, Ulu Pandan, Whampoa dan Woodlands akan siap menjelang 2021.

Terdapat juga rancangan untuk mempertingkatkan kemudahan-kemudahan ActiveSG sedia ada, seperti Stadium Bishan, Stadium Jalan Besar dan Balapan Latihan Kallang, yang dilengkapi dengan ciri-ciri "inovatif" baru menjelang hujung tahun. 

Sumber : CNA/NA/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan