Belanjawan 2019

Images
  • changi imigration

Perbelanjaan rakyat S'pura keluar melancong dijangka terjejas akibat semakan pelepasan GST

SINGAPURA: Beberapa agensi pelancongan pula menyatakan perbelanjaan para pengunjung semasa melancong akan terjejas menyusuli semakan kepada pelepasan GST yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan pada Isnin (18 Feb).

Mulai hari ini, para pengunjung akan mendapat pelepasan GST yang lebih rendah bagi barangan yang dibeli di luar negara dan dibawa masuk ke Singapura.

Mereka yang berada di luar Singapura kurang 48 jam, perlu membayar GST apabila membeli barang melebihi nilai S$100 berbanding $150 sebelum ini.

Mereka yang berada di luar negara lebih 48 jam pula diberi pelepasan GST bagi jumlah barangan bernilai tidak lebih S$500.

Menurut dua agensi pelancongan yang ditemui Mediacorp semakan itu akan menjejas perbelanjaan mereka yang melancong dengan bajet yang kecil.

Namun begitu, agensi-agensi itu menambah bahawa semakan tersebut tidak akan menjejas hasrat orang ramai untuk melancong.

Pihak Kastam menyatakan sesiapa yang tidak mengisytiharkan atau beri maklumat kurang tepat mengenai barangan yang patut dibayar cukai boleh di denda sehingga S$10,000 atau dipenjara selama 12 bulan atau kedua-duanya.

- CNA/RU/tq

Top