Belanjawan 2019

Images
  • josephine teo
    Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Josephine Teo di Parlimen.

Penurunan kuota pekerja asing akan wujudkan amalan niaga lebih mampan, kata Josephine Teo

SINGAPURA: Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo berkata usaha mengurangkan kuota pekerja asing bagi sektor perkhidmatan akan membawa kepada amalan-amalan perniagaan yang lebih mampan dan kurang bergantung kepada para pekerja asing.

Dalam pembentangan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan Heng Swee Keat mengumumkan bahawa kuota pekerja asing akan dikurangkan dari 40 peratus kepada 35 peratus menjelang tahun 2021.

Cik Teo berkata pengurangan itu bukanlah satu keputusan yang dibuat secara mendadak dan ia sebenarnya satu keputusan yang sukar bagi pemerintah.

Satu lagi pengumuman penting dalam Belanjawan 2019 adalah Bonus Bicentennial bernilai S$1.1 billion bagi rakyat Singapura yang berpendapatan rendah.

Menteri Teo berkata bahawa ia tidak sepatutnya dianggap sebagai satu habuan.

Cik Teo berkata demikian dalam rancangan radio Question Time terbitan 938NOW yang disiarkan setiap pagi Jumaat.

1.4 juta rakyat Singapura yang berpendapatan rendah akan menerima Bonus Bicentennial sekurang-kurangnya S$300 melalui agihan Baucar GST.

Para pekerja yang berpendapatan rendah - di bawah Skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS) - juga akan menerima Bonus Bicentennial.

Mereka akan menerima tambahan 10 peratus bagi kerja yang dilakukan pada 2018, dengan ganjaran minimum tunai bernilai S$100. 

- CNA/NA/na

Top