Skip to main content

Iklan

Iklan

Penggunaan alat mobiliti aktif, tahap keselamatan dipertingkat

Bahagian penting dalam Pelan Induk Pengangkutan Darat bergantung kepada penerimaan dan penggunaan alat mobiliti peribadi seperti basikal dan e-skuter.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Mar 2019 09:18PM Dikemas Kini : 07 Mar 2019 11:46PM

SINGAPURA: Bahagian penting dalam Pelan Induk Pengangkutan Darat bergantung kepada penerimaan dan penggunaan alat mobiliti peribadi seperti basikal dan e-skuter.

Usaha kini dilakukan untuk meningkatkan kemudahan bagi alat-alat tersebut serta tindakan penguatkuasaannya.

Menteri Negara Kanan Pengangkutan Dr Lam Pin Min berkata laluan basikal Geylang-Bandar dan Queenstown-Bandar dijangka siap pada tahun depan. Laluan-laluan itu akan membolehkan para penduduk berbasikal dari rumah ke bandar.

Lebih 220,000 tempat letak basikal juga disediakan di seluruh negara. Namun, jumlah pengguna alat pergerakan aktif yang semakin meningkat juga menimbulkan keprihatinan terhadap aspek keselamatan.

Pada tahun lalu, 250 kemalangan bukan di jalan raya melibatkan pengguna alat-alat itu. Bilangan tersebut hampir seganda berbanding 2017.

Selain itu, lebih 2,900 kesalahan alat pergerakan aktif dicatatkan sejak Mei 2018.

Bagi menanganinya, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan menguji penggunaan kamera CCTV di beberapa tempat pada tahun ini.

Lebih 40,000 e-skuter juga sudah didaftarkan sejak Januari.

Sumber : CNA/NU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan