Skip to main content

Iklan

Iklan

Pemerintah terima saranan Pelan Induk Pengangkutan Darat 2040

Pemerintah menerima saranan-saranan bagi Pelan Induk Pengangkutan Darat 2040, yang membayangkan Singapura sebagai sebuah bandar di mana masa perjalanan pada waktu sibuk dapat dilakukan dalam masa 45 minit.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Mar 2019 07:46PM Dikemas Kini : 07 Mar 2019 11:44PM

SINGAPURA: Pemerintah menerima saranan-saranan bagi Pelan Induk Pengangkutan Darat 2040, yang membayangkan Singapura sebagai sebuah bandar di mana masa perjalanan pada waktu sibuk dapat dilakukan dalam masa 45 minit.

Semua perjalanan dalam kawasan bandar pula akan mengambil masa hanya 20 minit. Ia juga menjanjikan perjalanannya yang lebih selamat, mesra alam dan inklusif.

Pemangku Menteri Pengangkutan Vivian Balakrishnan menyifatkan pelan induk itu sebagai sebuah visi baru yang berani untuk mewujudkan sebuah bandar yang lebih sihat dan selamat.

Para penduduk akan mengambil masa 20 minit sahaja untuk ke pusat kejiranan terdekat dan 45 minit untuk ke kawasan bandar.

Dr Balakrishnan berkata panel yang mengkaji pelan induk itu menghargai peranan sistem pengangkutan dalam kehidupan seharian kita. Ia bukan setakat wadah untuk membawa orang ramai dari satu tempat ke satu tempat, tetapi tempat mereka bertemu.

Oleh demikian, panel tersebut sudah menyarankan supaya pengalaman perjalanan dipertingkatkan menerusi ketersambungan dan perkhidmatan yang lebih baik.

Tiga lagi laluan MRT yang bakal dibina menjelang 2030 akan meletakkan 80 peratus penduduk dalam masa 10 minit perjalanan dari sebuah stesen MRT. Kadarnya sekarang adalah sekitar 64 peratus.

Menteri Negara Kanan Pengangkutan Dr Janil Puthucheary pula berkata semua pengguna pengangkutan awam boleh menjangkakan masa perjalanan yang lebih singkat.

Pembangunan-pembangunan baru seperti Daerah Tasik Jurong, misalnya, akan mempunyai laluan-laluan keutamaan yang meningkatkan perhubungan dan kurangkan masa perjalanan.

Selain itu, bas-bas yang menggunakan kuasa tenaga bersih akan diperkenalkan menjelang 2040.

Dr Puthucheary juga berkata semua syarikat teksi dan kereta sewa privet sudahpun bersetuju untuk berbuat demikian.
 

Sumber : CNA/RR/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan