Skip to main content

Iklan

Iklan

NEWSand: Pemerintah kaji cara guna abu pembakaran jadi bahan binaan

Pemerintah sedang mengkaji bagaimana ia boleh menggunakan abu daripada pembakaran menjadi bahan binaan, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli semasa berucap di Parlimen dalam perbahasan Jawatankuasa Peruntukan bagi kementeriannya pada Khamis (7 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
NEWSand: Pemerintah kaji cara guna abu pembakaran jadi bahan binaan

(Gambar: Nisha Karyn)

Diterbitkan : 07 Mar 2019 11:32PM Dikemas Kini : 07 Mar 2019 11:35PM

SINGAPURA: Pemerintah sedang mengkaji bagaimana ia boleh menggunakan abu daripada pembakaran menjadi bahan binaan, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli semasa berucap di Parlimen dalam perbahasan Jawatankuasa Peruntukan bagi kementeriannya pada Khamis (7 Mac).

"Kita sudahpun mempunyai NEWater," kata Encik Masagos. "Kami sekarang sedang berusaha untuk mereka NEWSand. Kami sedang mengkaji bagaimana untuk menukar abu pembakaran untuk menjadi bahan binaan, dan bukan membuangnya di kawasan pelupusan sampah."

Encik Masagos berkata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), yang menerajui usaha itu, sudahpun menghasilkan draf piawaian bagi penggunaan abu yang dirawat, seperti untuk membina jalan-jalan raya.

"NEA sudah melantik para pemain industri untuk menunjukkan teknologi mereka, dengan rancangan untuk memulakan ujian pada tahun depan," katanya lagi. "Bagaimanapun, kami akan mengambil langkah berhati-hati memandangkan dua pertiga Singapura merupakan kawasan tadahan air yang mesti bebas daripada pencemaran."

Langkah itu adalah salah satu strategi Singapura untuk mengurangkan pembaziran dengan menjadikan sampah sebagai "sesuatu yang berharga" dan melanjutkan jangka hayat Kawasan Pelupusan Semakau.

Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) menyatakan satu teknologi dilindungi paten, yang digunakan di pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat, Taiwan dan Bermuda, berupaya mengitar semula abu bagi menjadikannya sejenis "produk yang dapat dikumpulkan".

PUSAT KITAR SEMULA BERTINGKAT

Sementara itu, Encik Masagos juga mendedahkan mengenai bangunan Pusat Mengitar Semula Bertingkat (MSRF) yang dijangka siap dibina pada 2021. Ia merupakan satu lagi strategi menggunakan sebaiknya sumber terhad negara.

Pada Disember 2018, Shenton Wire melaporkan bahawa Boustead Projects diberikan kontrak bernilai sekitar S$241.9 juta untuk membangunkan sebuah MSRF di Kranji Loop.

"Pusat itu akan menempatkan pelbagai sistem mengitar semula dan ia terletak berhampiran industri-industri lain," kata Encik Masagos.

Rancangan untuk membangunkan MSRF itu dipertimbangkan seawal 2014, di tengah-tengah cabaran penghasilan sisa yang meningkat.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan