Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masagos: Belanjawan Negara lakaran jangka panjang ke arah kesepaduan negara

Belanjawan Negara yang dibentangkan baru-baru ini bukan sekadar menawarkan sokongan 'habuan' kepada masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Belanjawan Negara yang dibentangkan baru-baru ini bukan sekadar menawarkan sokongan 'habuan' kepada masyarakat.

Namun lebih daripada itu, ia merupakan lakaran pelan jangka masa panjang yang menyeru ke arah 'kesepaduan' dan 'kesatuan' rakyat Singapura.

Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Masagos Zulkifli menekankan demikian dalam forum khas 'Bersama Menteri' anjuran Mediacorp.

BUKAN BELANJAWAN BIASA

Forum itu yang dirakamkan pada Rabu (20 Feb), disertai anggota daripada pelbagai lapisan masyarakat dan ia membincangkan isu dan keprihatinan yang dekat di hati masyarakat Melayu/Islam berhubung Belanjawan 2019.

Merumuskan sesi itu kepada BERITAmediacorp, Encik Masagos akur para peserta forum peka bahawa Belanjawan tahun ini bukan belanjawan biasa kerana ia melambangkan perubahan yang dilalui negara sempena 200 Tahun Singapura.

"Jelas, ada bonus-bonus yang diumumkan khusus untuk 'Belanjawan 200 Tahun Singapura' ini, ini kerana ada lebihan belanjawan selama empat tahun (dalam) penggal Pemerintah ini.

"Kita tidak akan diagihkan kalau jumlahnya terlalu kecil. Jadi untuk kali jumlah begitu bermakna dan kita agihkan untuk keperluan warga Singapura untuk keperluan semasa dan juga untuk mempersiapkan mereka untuk mengharungi masa-masa datang," kata Encik Masagos.

MASYARAKAT MELAYU/ISLAM SUDAH TIDAK DUDUK DIAM

Secara terbuka, para peserta mengutarakan persoalan-persoalan tentang manfaat dan peluang yang boleh diraih dalam memberikan sokongan terhadap kos sara hidup yang meliputi aspek kesihatan, pendidikan, serta kemahiran dalam meningkatkan diri.

"Saya gembira bahawa masyarakat kita sudah sedar bahawa mereka tidak boleh hanya duduk diam. Mereka harus merebut peluang secepat-cepatnya supaya mereka dapat meningkatkan lagi kehidupan mereka," kongsi Encik Masagos lagi.

Turut mendapat perhatian dan dibincangkan dengan hangat ialah keprihatinan tentang masa depan masyarakat Melayu/Islam di sini.

Memberikan responsnya, Encik Masagos berkata rencana Belanjawan yang berbentuk jangka masa panjang itu bergerak seiring dengan visi M³ yang menggabung serta meningkatkan kerjasama antara masyarakat Melayu/Islam bagi membina sebuah masyarakat yang teguh.

Forum Bersama Menteri selama sejam itu akan disiarkan di Suria, Sabtu ini (23 Feb), jam 8.30 malam. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan