Skip to main content

Iklan

Iklan

Lebih 500 permohonan bagi Perintah Perlindungan sejak Nov 2014

Lebih 500 permohonan bagi Perintah Perlindungan dibuat di bawah Akta Perlindungan Daripada Gangguan (POHA) sepanjang sekitar empat tahun kebelakangan ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Mar 2019 02:48PM Dikemas Kini : 05 Mar 2019 12:10AM

SINGAPURA: Lebih 500 permohonan bagi Perintah Perlindungan dibuat di bawah Akta Perlindungan Daripada Gangguan (POHA) sepanjang sekitar empat tahun kebelakangan ini. Demikian menurut Menteri Negara Kanan Undang-Undang Edwin Tong semasa membahaskan peruntukan bagi kementeriannya pada Isnin (4 Mac).

Daripada jumlah itu, 213 Perintah Perlindungan dan 193 Perintah Perlindungan Yang Dipercepatkan diluluskan, termasuk permohonan oleh para mangsa gangguan di tempat kerja. Permohonan-permohonan tersebut dibuat dari 15 Nov 2014 apabila Akta tersebut mula dikuatkuasakan, sehingga 31 Dis tahun lalu.

Perintah Perlindungan adalah arahan mahkamah yang dikeluarkan terhadap pengganggu bagi menghentikannya daripada mengganggu atau mengekori mangsa dan menurunkan sebarang penerbitan yang menjadi punca gangguan, jika arahan itu dikeluarkan. Perintah Perlindungan Yang Dipercepatkan dikeluarkan apabila campur tangan genting diperlukan disebabkan oleh keadaan-keadaan tertentu.

Hampir 100 permohonan bagi Perintah Perlindungan dirujuk kepada Pusat Mahkamah Negara bagi Penyelesaian Pertikaian. Bagi yang sudah selesai menjalani proses timbang tara, 61 peratus berhasil mencapai persetujuan, dengan permohonan sedemikian digugurkan bagi sesetengah permohonan, kata Encik Tong.

Beliau turut mendedahkan bahawa 51 Aduan Majistret sudah difailkan atas dakwaan mencabuli Perintah Perlindungan atau Perintah Perlindungan Yang Dipercepatkan. Secara keseluruhannya, lebih 3,000 Aduan Majistret sudah difailkan atas kesalahan-kesalahan yang didakwa di bawah POHA, menurutnya.

Sekitar tiga daripada 10 Aduan Majistret, termasuk yang berkaitan dengan POHA, menjalani timbang tara, di mana 80 peratus kes mencapai penyelesaian, menurut beliau lagi.

Aduan Majistret boleh difailkan oleh sesiapa saja yang ingin membetulkan kesalahan yang mereka percaya sudah dilakukan terhadap mereka.

Selain itu, lebih 1,700 kes jenayah dengan tuduhan-tuduhan POHA sudah dikendalikan oleh Pejabat Peguam Negara, menurut Encik Tong.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan