Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kumpulan agama digesa sertai skim pentauliahan baru bagi siap tangani krisis

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) Grace Fu hari ini (8 Mac) menggesa pertubuhan-pertubuhan agama supaya menyertai satu skim pentauliahan baru yang bermatlamat mempersiapkan rumah-rumah ibadat supaya sentiasa bersedia menangani sebarang krisis.

Anggaran Waktu Membaca:
Kumpulan agama digesa sertai skim pentauliahan baru bagi siap tangani krisis

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Grace Fu semasa berucap di Parlimen.

Diterbitkan : 08 Mar 2019 04:45PM Dikemas Kini : 08 Mar 2019 04:49PM

SINGAPURA: Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Grace Fu hari ini (8 Mac) menggesa pertubuhan-pertubuhan agama supaya menyertai satu skim pentauliahan baru yang bermatlamat mempersiapkan rumah-rumah ibadat supaya sentiasa bersedia menangani sebarang krisis.

Cik Fu berkata Skim Pentauliahan Kesediaan Krisis Rangkaian Masyarakat SGSecure (SGCN) akan dilancarkan pada separuh kedua tahun ini.

Ia merangkumi senarai semak dan sumber-sumber panduan bagi membantu pertubuhan-pertubuhan meningkatkan keupayaannya dalam menangani krisis, kata beliau.

"Kami menggesa pertubuhan-pertubuhan agama supaya menyertai skim itu sedang kami berganding bahu untuk memastikan Singapura kekal selamat dan bersatu padu dalam menangani sebarang krisis pada masa hadapan," kata Cik Fu.

Skim ini merupakan satu usaha susulan dalam mempersiapkan tempat-tempat ibadat supaya bersedia menangani krisis, menurut Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY).

Setakat ini dengan kerjasama agensi-agensi Home Team, MCCY sudah berjaya mempersiapkan lebih 800 pemimpin agama dan masyarakat daripada lebih 300 kumpulan agama untuk mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam menangani krisis.

Skim itu bertujuan untuk menjadikan Singapura lebih cekap apabila berdepan krisis, menurut MCCY.

Menurut kementerian itu lagi, ini boleh dilakukan dengan memperkukuhkan kesediaan kecemasan kumpulan-kumpulan agama, serta membantu menghasilkan pelan tindak balas terhadap krisis dan menyediakan latihan bagi mengajar kemahiran memberi respons kepada krisis.

"Skim ini juga mengiktiraf usaha pertubuhan-pertubuhan agama yang sudah mengambil langkah-langkah aktif untuk mempersiapkan diri mereka dengan lebih baik bagi menangani krisis dengan unsur bangsa dan/atau keagamaan," menurut MCCY.

Untuk melayakkan diri, pertubuhan-pertubuhan agama perlu menyelesaikan dan menganalisis kit peralatan penilaian sendiri bagi menilai kesediaan kecemasan mereka, serta melatih para anggota dengan kemahiran bagi memberi respons kepada kecemasan serta menjalankan latihan perbincangan, menurut MCCY.

Ketika menekankan mengenai pentingnya sebuah masyarakat yang bersatu padu, Cik Fu turut berkata adalah penting untuk sebuah masyarakat yang pelbagai seperti Singapura untuk terus membangunkan persefahaman dan sifat saling mempercayai satu sama lain.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan